MASUKKAN EMEL ANDA DI SINI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

Wednesday, July 5, 2017

Set Detox Shaklee

Set Detox, untuk permulaan baharu yang sihat.

Mulakan langkah baharu dan dapatkan kelebihan detoksifikasi daripada sistem penghadaman yang sihat, tampilkan kulit yang sihat berseri, tubuh yang mantap dan cantik. Diperbuat daripada adunan sinergi herba lembut dan nutrien lain, set ini membantu untuk menyokong proses detoksifikasi harian anda secara semula jadi harian.

Mengapa Perlu Detox?
Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup. Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, amalan detox secara berkala adalah penting untuk kesihatan.

7 Manfaat Detox
• Menurunkan Berat Badan
• Kolon Lebih Sihat
• Meningkatkan Tenaga
• Mengawal Nafsu Makan
• Kulit Lebih Cantik
• Menguatkan Sistem Imun
• Tidur Lebih Lena
• Strengthened Immune System
• Better Sleep

Set Detoks Shaklee
Harga Runcit: RM711.26. Klik di sini untuk dapatkan harga ahli (JIMAT 15%)

1. DTX Complex

Dicipta untuk membekalkan nutrisi yang menyokong dan merangsang fungsi hati yang sihat.

Manfaat: Kulit lebih berseri.
Milk Thistle membantu meningkatkan seri kulit.

2. Herb-Lax
Digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit ringan dan untuk menyokong pergerakan usus.

Manfaat: Sistem penghadaman yang lebih baik.
Daun senna adalah herba yang mesra kolon, membantu melegakan sembelit dan menggalakkan pergerakan usus.

3. Alfalfa Complex
Dikenali sebagai gudang nutrien. Akar tunjangnya mencecah sedalam 6 meter, membekalkan pelbagai nutrien dan mineral.

Manfaat: Tubuh sihat & cergas.
Daun Alfalfa sangat berkhasiat untuk menghalang keasidan yang terhasil daripada toksin dan membantu dalam menurunkan berat badan.

4. Peppermint-Ginger Plus
Membekalkan herba semula jadi untuk memberi kelegaan kepada sistem penghadaman anda.

Manfaat: Melegakan kembung perut & angin.
Pudina dan halia digunakan secara tradisional untuk melegakan dan meredakan kembung perut dan angin.

5. Vivix
Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu.

Manfaat: Lebih bertenaga!
Polifenol adalah salah satu penggalak tenaga yang paling hebat.

Mahu baca kisah dan pengalaman sendiri Kak Put tentang Set Detox Shaklee? Klik sini.

--

Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli dan dapatkan CASHBACK juga! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Hubungi kami jika anda sudah bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!

Saya adalah SID yang tepat!
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!

Thursday, April 6, 2017

5 Tips Kekal Sihat Di Bulan Ramadhan

Saban tahun, umat Islam di seluruh dunia terus menunaikan ibadah puasa dengan menghidupkan malam harinya sepanjang 30 hari di bulan Ramadhan. Dengan berlapar di siang hari, kita amat dituntut untuk bersahur sebelum terbit fajar dan berbuka sebaik terbenamnya matahari. Berpuasa jika dilakukan dengan betul, ianya elok untuk kesihatan. Sebaliknya, bagi mereka yang mengambil makanan berat dengan kalori berlebihan semasa berbuka juga moreh di malam hari, cenderung kepada penambahan berat badan. Justeru di sini kami kongsikan, beberapa tips sihat di bulan Ramadhan.

1. Lengkapkan Sahur Anda Dengan Serat & Protein
Sumber: https://www.proteinking.com.au
Pengambilan sahur amat penting sebelum anda terus berlapar seharian. Bagi memastikan anda dapat menahan lapar seharian, pastikan sahur anda mengandungi protein (diperolehi daripada telur, cheese, yogurt, kekacangan dll) dan serat (buahbuahan, sayur-sayuran, bijirin dll.) yang mencukupi. Jika anda kesuntukan waktu untuk bersahur, anda boleh ambil ESP Soy Protein, yang dapat memberikan anda rasa kenyang seharian.

2. Elakkan Makan Berlebihan di Malam Hari
Sumber: http://www.askislampedia.com
Untuk menghilangkan rasa sebu sebelum memberikan tubuh kalori yang diperlukan anda boleh mengambil semangkuk sup (rendah sodium) ataupun salad segar. Di kala berbuka juga anda boleh ambil Serbuk Protein Soya ESP Shaklee, bijirin dan sayur-sayuran. Ambil sekurang-kurangnya 5 hidangan buah dan sayur-sayuran sehari, dan pastikan setiap hidangan mengandungi protein dan susu. Tambahkan kurma dan kekacang berbanding pemanis mulut tinggi kalori.

3. Kurangkan Aktiviti Luar dan Kekal Hidrat
Sumber: https://thesurvivallife.com
Bagi mengekalkan tenaga semasa berpuasa, anda juga dinasihatkan untuk kurangkan aktiviti luar berpanas di bawah panahan matahari seboleh mungkin, lebihkan masa berada di tempat yang redup dan elakkan aktiviti yang berat. Makan buah sebelum terbit fajar merupakan idea yang bernas kerana kandungan airnya dapat menghidratkan tubuh. Untuk tambahan tenaga dan tubuh kekal hidrat, tambahkan pengambilan Performance® Shaklee yang dilarutkan bersama air.

4. Keperluan Multi-Vitamin, Mineral dan Suplemen
Sumber: https://www.healthtap.com
Jika anda belum bermula, ini merupakan masa terbaik. Mungkin sukar untuk memastikan diet di bulan Ramadhan anda mengandungi 5 hidangan buah, sayuran dan 3-6 auns bijirin, dan 5 auns daging. Pengambilan suplemen multi-vitamin dan mineral dapat memberikan nutrien yang diperlukan tubuh anda di bulan Ramadhan ini.

5. Berpuasa Mengikut Kemampuan
Sumber: http://www.katalogibu.com
Sebelum menempuh bulan puasa anda seharusnya berbincang dengan doktor, terutama pada warga emas, pengidap kencing manis yang mengambil ubat bagi mengawal level insulin, wanita mengandung dan kanak-kanak untuk merancang aktiviti berpuasa anda mengikut kemampuan.

Ramadhan membantu anda kembali fokus pada perkara asas, perkara yang penting. Ia juga bulan peningkatan iman bagi umat Islam. Justeru, jadikan Ramadhan kali ini lebih sihat, bulan menambah keimanan dengan lebih baik. Bersedialah menyambut Ramadhan yang mulia dengan Set Ramadhan yang kami tawarkan.

Tuesday, April 4, 2017

Atasi Rasa Dahaga Anda di Bulan Ramadhan


Sumber: https://lifestyle.sindonews.com
Kekal hidrat sangat penting terutama di bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Penyahidratan berlaku apabila tubuh kita kekurangan air atau bendalir lain untuk mengekalkan fungsi rutin tubuh. Jika anda tidak menggantikan bendalir yang hilang, anda akan dinyahidrat dan anda akan merasa keletihan. Performance Shaklee, minuman penghidratan yang tulen, menghidrat lebih baik berbanding air dan memberi lebih elektrolit kepada tubuh anda.
Campuran propriteri elektrolit OPTI-LYTE ditambah dengan campuran unik karbohidrat memberikan tenaga segera dan menyokong penghidratan secara optima:

√  Meminimumkan kekurangan bendalir untuk meningkatkan hidrat pada tubuh
√  Memberikan spektrum penuh elektrolit
√  Mengekalkan tahap gula dalam darah untuk kekal bertenaga dan meningkatkan stamina

Performance® Shaklee Mengekalkan Tenaga!

Aturan: Campurkan 28g atau 3 sudu besar sebuk Performance bagi setiap 237ml atau 1 cawan (8Auns) air sejuk. Tutup semula kanister dan simpan di tempat yang kering dan sejuk. Untuk
kegunaan satu pasukan, campurkan satu kanister dengan 4.75 suku air. Simpan sejuk baki air yang telah dibancuh.

Harga Runcit: RM82.50/kanister

--
Apakah yang terkandung di dalam Set Puasa Shaklee dan berapakah pelaburan yang diperlukan? Klik sini.

Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli dan dapatkan CASHBACK juga! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Hubungi kami jika anda sudah bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!

Saya adalah SID yang tepat!
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!

Tuesday, March 14, 2017

Anak Kekal Sihat Pada Musim Cuti!

Cuti sekolah tiba lagi dan bagi kebanyakan kanak-kanak inilah masa untuk bercuti, bergembira dan makan sepuas-puas hati! Macam anak Kak Put je tu? Haha. Amri kalau cuti sekolah, memang kerap sangat makan. Mama pulak tak larat nak larang dah.

Dengan pelbagai makanan manis dan kudap-kudapan yang tersedia, kanak-kanak mudah terpengaruh dengan amalan pemakanan kurang sihat. Pastinya ia merupakan cabaran untuk kanak-kanak kekal sihat semasa bercuti.

Jangan bimbang, anda masih boleh mengekalkan kesihatan anak anda pada musim cuti tanpa perlu mengorbankan keenakan menikmati makanan manis.

Cara terbaik untuk memastikan kesihatan terjaga ialah dengan memberikan mereka diet seimbang, menawarkan pelbagai jenis makanan yang penuh dengan kebaikan. Anak-anak yang terbiasa dengan makanan ini akan kurang menggemari snek tidak sihat. Namun begitu, jika anak anda seorang yang pemilih dan tidak mendapat bekalan makanan sihat dengan diet tepat, mereka mungkin kurang bertenaga untuk menikmati percutian. Bagi menangani masalah ini, pembelian suplemen multivitamin semulajadi boleh membantu memastikan mereka mendapat semua nutrien penting yang diperlukan.

Inginkan anak-anak anda membesar dengan sihat dan gembira? Berikan mereka permulaan hebat untuk Tahun Baharu dengan nutrien-nutrien penting untuk kesihatan!

Vitamin dan Mineral
- Penting untuk tumbesaran tubuh
- Membina dan memulihkan sel-sel
- Membina antibodi, enzim dan hormon

Protein dan Kalsium
- Membantu membina tulang dan gigi yang kuat
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
- Jika susu bukan lagi makanan utama anak-anak anda, tingkatkan pengambilan kalsium mereka dengan multivitamin

Vitamin C
- Bertindak sebagai antioksidan
- Meningkatkan sistem imun
- Membina dan menguatkan kolagen dalam tulang, otot-otot dan saluran darah
- Membantu untuk memulihkan kecederaan dan luka

--

Apakah yang terkandung di dalam Set Kanak-Kanak Shaklee dan berapakah pelaburan yang diperlukan? Klik sini.

Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli dan dapatkan CASHBACK juga! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Hubungi kami jika anda sudah bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!

Saya adalah SID yang tepat!
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!

Saturday, March 4, 2017

Otak Perlukan Lecithin Tau!

Norliza Ismail:
KESIHATAN OTAK YANG SERING KITA ABAIKAN
============
.
👫 Ramai antara kita JARANG menitikberatkan tentang kesihatan otak.
✔️ Nyanyuk
✔️ Mudah lupa
✔️ Short term memory loss
.
👫 Ramai antara kita anggap itu PERKARA BIASA tetapi ramai yang tidak tahu KESIHATAN OTAK ini juga penting untuk menjamin KEHIDUPAN yang LEBIH BAIK.
.
👫 Apakah punca-punca kepada kerosakan otak?
💯 Tidak mengambil sarapan pagi
💯 Merokok
💯 Menghidu udara yang tercemar
💯 Terlebih makan dan terlebih pengambilan gula
💯 Tidak membaca Al-Quran dan banyak lagi.
.
👫 Tahukah anda?
😊 Otak kita mengandungi 60% lemak yang menyokong aktiviti berfikir dan memberikan tenaga kepada kita.
😊 Perkembangan otak yang paling utama adalah semasa usia kanak-kanak.
😊 Kita memerlukan sumber KOLINA yang penting untuk menghubungkan sel-sel otak.
.
👫 Bagaimana LECITHIN dapat membantu dalam MENINGKATKAN KESIHATAN OTAK?
🍃 Lecithin mengandungi ACETYLCHOLINE iaitu lemak kolina yang menghasilkan lebih banyak NEUROTRANSMITTER bagi menggalakkan sel-sel otak berhubung.
.
👫 Kolina akan berkurang akibat KEMALANGAN, HAMIL dan MELAHIRKAN ANAK. 😂
🍃 Oleh itu individu-individu ini lebih memerlukan LECITHIN bagi meningkatkan semula kandungan Acetylcholine dalam otak.😍
.
👫 Jom tingkatkan sumber kolina kita! 😘

Thursday, March 2, 2017

Lahirkan Anak Pintar

Setiap Ibu dan Ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Multivitamin
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B-Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selesema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.

Omega-3
Sebahagian besar daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

Lecithin
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neorotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.

Protein Baik
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmiter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.

Shaklee memberikan rangkaian nutrisi terbaik yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat di samping mengekalkan kesihatan seiring tumbesaran mereka.

Chewable Vita-C Plus 100mg
Ia merupakan antioksida yang menyokong







Wednesday, March 1, 2017

Mengandung Pun Boleh Bercuti Sana Sini


Pernah tengok tak orang buat rumah, susun bata tapi tak letak simen? Tak pernah bukan. Macam tu la keperluan Kalsium dalam badan kita, kalau tak de Magnesium, Vitamin D tu kira tak de maknanya

Magnesium macam simen tu la, tolong ikat elemen2 batu bata. Kalau tak, dinding tak kukuh dan roboh. Macam tu jugak tulang kita, ada Kalsium tapi takde Magnesium, Vitamin D, Boron, Zink bagai tu, tulang kita tak kuat dan rapuh!

Masa ngandung pulak, Kalsium lak tak cukup. Mak pun nak kena amik Kalsium. Anak dalam kandungan tu pun sama, nak juga dia bina tulang dan gigi dan membesar. Kalau tak cukup, anak selamba je serap kalsium dari tulang Mak. Bertambah2 la kerapuhan tulang Mak. Boleh bayangkan tak rupa tulang Mak2?

Bila dah tak cukup kuat, mula la sakit sana sini. Bermulalah kisah yang tak best kan.

Nak tak kalau Kak Put kongsi macamana nak seronok pergi jalan2 even masa mengandung? Takyah dah nak pikir lenguh2 kaki, sakit2 pinggang, kaki bengkak la sebab Kak Put ada OsteMatrix, pil kalsium yang ada Magnesium, Vitamin D, Boron, Zink pun ada sekali.

Jangan risau, takde efek pape pun kat baby atau mak baby. Dijamin selamat sebab OsteMatrix ni daripada bahan semulajadi, bukan sintetik tau! Kalau dah minum susu pun xde hal lah nak tambah OsteMatrix lagi, lagi bagus sebab Kalsium dalam susu tu pun dibantu si OsteMatrix ni nanti.

Jom2, sempena penghujung hari Februari ni, daripada kita merungut tak boleh nak pergi mana2, apakata rewards tubuh badan sendiri, tak de la kita bebel2 keboringan, pastu asyik susahkan en suami je nak kena tolong urut sana, urut sini kan.

Sapa nak Kak Put tolong dia, meh PM Kak Put atau Whatsapp ja 019-3265417. Kita deal bagi jadi!

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...