MASUKKAN EMEL ANDA DI SINI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

Tuesday, May 14, 2013

14 Info Penyusuan Susu Ibu Eksklusif


Sabtu lepas, bawak anak2 g main kat pusat permainan indoor..Put seperti biasa mesti cuci mata kat kedai buku. Berdekatan pusat permainan tu ada kedai buku Popular dan juga Perintis. Pusing2, tengok2 buku..sekali tak bawak duit banyak..beli majalah Pa&Ma je, tapi 2 keluaran. Bulan Mei ngan Jun sekali. Best sangat, yang Mei tu ada tips2 bakal ibu bapa.. Di sini Put nak kongsikan serba sedikit yang telah dibaca. Info penyusuan susu ibu secara eksklusif, sahabat perlu tahu bahawa;

# Bayi baru lahir memang kerap menyusu kerana susu ibu mudah hadam. Oleh itu bayi mudah lapar dan kerap ingin menyusu.

# Kuantiti kolostrum memang sedikit tetapi cukup untuk keperluan bayi. Dia hanya memerlukan 5-10ml setiap kali penyusuan pada hari pertama sehingga hari ketiga.

# Semakin kerap payudara dikosongkan, semakin cepat susu dapat dihasilkan. Jadi, kuantiti susu ibu akan bertambah mengikut kekerapan kekosongan payudara.

# Untuk penghasilan susu yang optimum, anda perlu memastikan payudara dikosongkan lapan hingga 12kali dalam tempoh 24jam sama ada dengan menyusukan bayi atau memerah payudara apabila berjauhan dengannya.

# Bayi berupaya untuk hidup, satu hingga dua hari tanpa sebarang bekalan susu kerana kandungan perutnya masih mampu menampung keperluan pemakanannya.

# Anda digalakkan untuk kerap menyusukan anak pada waktu malam kerana tahap prolaktin yang tinggi ketika ini dapat merangsang lebih banyak penghasilan susu.

# Selain daripada hormon prolaktin dan oksitosin, terdapat satu lagi hormon yang juga penting dalam penyusuan iaituFeedback Inhibitor of Lactation (FIL). Apabila payudara makin penuh, kelenjar pituitari akan merembeskan hormon FIL sebagai petunjuk untuk memperlahankan penghasilan susu. Apabila keadaan ini berlarutan, lama-kelamaan penghasilan susu akan terhenti.

# Anda perlu berhati-hati semasa mencuci payudara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting. Pencucian hanya menggunakan air suam adalah lebih baik.

# Ketika mengepam, bayi mahu menyusu. Utamakan dia. Hisapan bayi adalah rangsangan terbaik untuk menghasilkan lebih banyak susu. Biarkan dia menyusu sepuasnya. Selesai menyusukannya, anda boleh kembali mengepam bagi memastikan payudara dapat dikosongkan dengan sebaik-baiknya.

# Jika bayi cuma gemar menyusu di sebelah payudara, pam sebelah lagi payudara. Hal ini bagi memastikan bahagian berkenaan mendapatkan rangsangan yang sama untuk berterusan menghasilkan susu.

# Jika stok susu sedikit, amalkan 'power pumping' setiap hari. Ia sangat berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu. Caranya anda perlu mengepam 10minit - rehat 10minit - pam 10 minit - rehat 10minit dan pam 10minit dalam tempoh masa sejam.

# Air adalah komponen utama susu ibu. Jadi anda perlu minum air minimum tiga hingga empat liter sehari. Sebaik-baiknya air kosong.

# Amalkan zikir Ya Matin, 70 kali setiap hari untuk memperbanyakkan susu ibu. Waktu yang paling bagus ialah pada waktu malam dan Subuh. Boleh juga bacakan zikir itu dan hembus ke dalam segelas air sebelum diminum.

# Sebelum tamat tempoh cuti bersalin, anda perlu mengakar bayi menyusu ibu menggunakan kaedah alternatif selepas usianya 50hari. Anda tidak boleh menyusukan dia sendiri tetapi meminta bantuan orang lain seperti ayah atau nenek kepada bayi untuk melakukannya.

Dapatkan tips penuh 100 PERKARA WAJIB TAHU BILA BERGELAR IBU BAPA daripada Majalah Pa&Ma keluaran Jun 2013.

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...