MASUKKAN EMEL ANDA DI SINI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

Friday, May 10, 2013

FAQs for Shaklee AJHT


Apakah Shaklee AJHT?
Shaklee AJHT adalah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee AJHT?
Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga bleh memanfaatkannya.

Apakah ekstrak jagung?
Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glukosamina yang merupakan gul amino dan merupaka blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendondan ligamen. Ekstrak jagungmembantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Apakah Boswellia?
Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) ang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee AJHT istimewa?
Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee AJHT bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding daripada AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaan sendi ang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Bolehkah saya mengambil Shaklee AJHT dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedu-dua produk yang menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee AJHT.

Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee AJHT?
Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Mengapa ia bebas daripada kondroitin?
Shaklee AJHT tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik bila diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh menganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan baik jika diambil secara berasingan.

Mengapa produk tersebut mengandungi vitamin C?
Shaklee AJHT menyumbang Nilai Harian 100% vitamin C, kerana ia merupakan nutrien penting yang diperlukan bag sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, tembaga dan mangan?
Shaklee AJHT menyumbang Nilai Harian 10% mineral surih zink, tembaga dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzimyang membina kolagen dan glikosamioglikan.

Adakah Shaklee AJHT berasaskan sayur-sayuran?
Ya.

Sumber: Shaklee AJHT Brochure

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...