Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Saturday, June 22, 2013

Ramadhan: Susu Ibu Tidak Akan Kering


Kali ini, Put adalah salah seorang ibu di Malaysia yang menyusukan bayi buat pertama kali kedatangan bulan Ramadhan ini. Tipu kalau tak timbul sedikit kegusaran sebab khuatir pengeluaran susu berkurangan malah, mungkin tiada susu yang dapat dikeluarkan kerana menjalani ibadah puasa.

Lepas 'google' dan baca, baru Put tau penghasilan susu akan tetap sama jika aktiviti pengurusan penyusuan ibu itu dijalankan seperti normal dan ia menjadi amalan berterusan. Maka, tanggapan sesetengah ibu mengenai susu badan akan kering ketika berpuasa adalah tidak benar kerana ibu masih lagi mengambil makanan dan minuman pada waktu malam iaitu selepas berbuka dan sehingga waktu Imsak.

Tips Mengekalkan Pengeluaran Susu Badan Di Bulan Ramadhan

1) Elakkan Tertekan
Put akui sendiri, pernah tertekan bila susu menunjukkan tanda2 merudum. Tapi kita harus ingat, kita tak seharusnya terlalu memikirkan mengenai ibadah puasa yang akan menyebabkan kekeringan susu kerana kebimbangan melampau sehingga menyebabkan stres yang sebenarnya boleh mendorong kepada kemerosotan kuantiti susu badan. 

Ni dok pikir, "boleh ke puasa", "..penatnya..", macam2 lah merungut.. Maka..merosotlah penghasilan susu. Bukan kerana ibadah puasa tersebut, malah sebaliknya kerana stres yang dialami oleh kita sebagai ibu sehingga menghalang refleks ejeksi susu atau let down. Oleh itu, kita perlu bertenang dan menjalani rutin harian seperti biasa.

2) Jangan Lupa Bersahur
Sahur. Jangan skip atau abaikan makan waktu sahur kerana ia adalah bekalan tenaga dan air untuk tubuh kita sepanjang hari, macam sarapan pagi; bekala tenaga sepanjang hari.

Kita seharusnya meminum air yang mencukupi selepas berbuka sehinggalah waktu Imsak. Sekiranya tidak bersahur dan kekurangan air, tubuh kita akan mengalami dehidrasi yang boleh menjadi penyebab kepada kurangnya penghasilan susu.

Kalau menyusukan anak lelaki lebih mencabar dan ibu memerlukan lebih banyak tenaga. Untuk itu si ibu perlu makan nasi yang banyak ketika bersahur manakala bagi anak perempuan pula, si ibu boleh mengurangkan pengambilan nasi tetapi melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

3) Jangan Putus Asa
Mind set perlu diperbetulkan sebelum puasa bulan Ramadhan lagi. Sekarang sebut, "Saya boleh menyusukan anak". Jangan pulak awal2 dah ragu2 dan tak yakin. Pastu disebabkan di hari pertama puasa tak cukup simpan stok, kita dah mengurangkan aktiviti mengepam hari berikutnya. Jangan berhenti mengepam, jangan putus asa!

4) Teruskan 'Supply-Demand'
Terdapat satu hormon yang dinamakan Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) yang juga merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu yang berkumpul dalam payudara ibu. FIL memberi tindak balas secara negatif kepada proses penghasilan susu. Apa yang dimaksudkan dengan tindak balas negatif tersebut?

FIL akan mula berkumpul dalam payu dara apabila kurangnya rangsangan dan payu dara tidak dikosongkan dengan betul (hanya sedikit susu yang dikeluarkan daripada payu dara). Tahap FIL yang tinggi ini akan mula memberikan isyarat agar penghasilan susu perlu dikurangkan kerana kurangnya permintaan.

So, WAJIB susukan bayi dengan kerap dan bagi ibu yang bekerjaya atau pun yang berjauhan dengan bayi pula, jangan lupa untuk mengepam susu pada setiap dua jam atau tiga jam sekali ye..atau pam lebih kerap berbanding kebiasaan lagi baik.

5) Berlatih Sejak Syaaban
Kenape kita perlu berlatih dari bulan Syaaban? Mestila kan..nanti badan terkejut, zap sekali tetiba puasa kan. Lain la puasa tak perlu menyusukan anak..huhu.. Kalau masuk Ramadhan baru nak berlatih, silap2 minggu pertama tu tak dapat nak puasa..huhu..

Boleh mula berlatih pada dua minggu terakhir Syaaban. Boleh mula kurangkan makan tengahari tetapi lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Rujukan: Kosmo

Apakah produk Shaklee yang dapat membantu?


✿ ESP/Meal Shakes - Memberi tenaga seharian serta mengenyangkan dalam tempoh yang lama
✿ Performance - Mengurangkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan)
✿ Alfalfa Complex - 'Milk Booster'; membantu dalam menggalakkan penghasilan susu badan

Usah gusar, usah bimbang..kita berusaha dan mohonlah daripada Allah supaya ada rezeki buat anak2.. Kalau tak berpuasa pun, tak de masalah.. Islam tidak pernah melarang, malah rukhsah kepada ibu2 yang menyusukan anak, tetapi kalau masih berdaya untuk menunaikan puasa juga tidak salah, dipersilakan ;)

Put ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak..

Untuk Tempahan & Info:
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...