Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Tuesday, September 17, 2013

CoQ10 Bekal Tenaga Untuk Jantung

Salam semua..jom uji paru-paru kita..hehe..tarik nafas.....fuh..hehe...cemana nak uji jantung kita? Jantung masing2 sihat ke?? Sape tak kenal pembunuh no satu di kalangan rakyat Malaysia? Pastu pulak 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser???? Lain tak bukan penyakit kardiovaskular! Bukan Put cakap ye, ini Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia yang cakap. Lagi satu yang kita perlu tau, 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular ni...macam sakit jantung dan strok. Ni pun bukan Put yang cakap, ni Put petik dari laporan Oganisasi Kesihatan Dunia. Macamana nak hindari penyakit ni?? Kebanyakan pakar kesihatan cadangkan kita tingkatkan amalan gaya hidup yang sihat macam diet seimbang, tidak merokok, dan yang penting jaga berat badan..BMI mau cantik.. Sebab..berat badan yang obesiti berisiko untuk mengidap pelbagai penyakit tau..seram tu.. Selain tu, ada juga yang cadangkan pengambilan suplemen kesihatan seperti Coenzyme 10 (CoQ10) yang sangat baik untuk kesihatan jantung kita.

Apa ek Coenzyme 10 (CoQ10) tu?
CoQ10 ni sejenis zat makanan larut lemak yang ada dalam tubuh badan kita secara semulajadi, dan ada pada setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Tapi dia banyak dalam organ2 penting, ala..organ2 yang berkerja keras dan guna tenaga selullar yang banyak untuk berfungsi macam jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Sel-sel dalam tubuh kita pulak menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi dengan cara membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien dari makanan tadi akan terurai dan tukar kepada tenaga, dan proses ini memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ni akan berulang beribu kali dalam setiap saat untuk membolehkan jantung berdegup dan sekaligus organ lain pu berfungsi. Kesimpulannya, tanpa CoQ10 maka sel-sel tak dapat hasilkan tenaga dan organ lain pun tak dapat berfungsi dengan baik.. Pentingkan CoQ10 ni?


Jom kita tengok, cemana CoQ10 ni baik untuk jantung..antara kepentingannya adalah:
  • Dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung,
  • Menyokong keupayaan mengepam darah,
  • Memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh,
  • Menyokong pertalian antara saluran darah (paras tekanan darah akan sihat/normal),
  • Bertindak sebagai antioksidan kuat dan membantu arteri (menangani masalah pengoksidaan LDL dan memudahkan pengaliran darah,
Semua ini membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.

Berapa Banyak Tubuh Kita Perlukan  CoQ10?

Sehari kita perlukan sebanyak 10mg CoQ10 sehari, tapi kalau kita semak balik pemakanan kita, agak2 cukup tak pengambilan sehari? Kalau rujuk jadual kat sebelah, memang tak cukup, nak-nak pulak keupayaan badan menghasilkan CoQ10 ni menurun berikutan peningkatan usia. Paling tinggi masa kita umur 20tahun, lepas akan menurun dalam 20tahun selepas tu.. bayangkan masa umur 40 tahun, badan kita mampu hasilkan 68.2% daripada jumlah masa umur kita 20tahun.


Selain tu, faktor pemakanan yang tak seimbang, pendedahan terhadap radikal bebas, penggunaan ubat rendahkan kolesterol, boleh mengurangkan tahap CoQ10 dalam badan kita. Jadi..pengambilan suplemen boleh bantu ;)


Mana Nak Cari Suplemen Ni? 
Hehe.. Shaklee ada, keluaran lain pun ada..tapi Put sarankan Shaklee CoQHealth™ Plus.. Kenapa perlu pilih Shaklee..hehe..sebab CoQHealth™ Plus ni ada kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan ekstrak Teh Hijau lagi tau..duk dalam kapsul minyak kacang soya untuk potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. Cara makan nyer pun senang, sehari sebiji je amik selepas makan. Sebotol tahan sebulan.
Apa istimewa sangat ek CoQHealth™ Plus berbanding suplemen CoQ10 dari brand lain? Ha..meh nak bagitau;
  • Satu kapsul CoQ10 ni ada 28mg, so kalau nak cari daripada makanan lain, sama macam kita makan 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli. Sanggup nak makan? Hehe..tak sanggup Put.. Mau sehari sekor ayam nak kena makan..gemuk pulak nanti..
  • Vitamin E dalam CoQHealth™ Plus ni bukan sesaje je letak..CoQ10 tolong vitamin E ni kekalkan keupayaan antioksidan, so dapatla vitamin E ni berperanan secara berterusan..
  • Ekstrak Teh Hijau lak mengandungi procyannidins, yang mana dapat bantu menyokong kesihatan endothelium (endothelium ni lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung)
  • Istimewa Shaklee tentulah dari sumber semulajadi, kalau CoQ10 Shaklee melalui kaedah penapaian yis. Yis yang ditapai ni telah diuji dan diyakini mempunyai kualiti yang tinggi dalam sumber bioketersediaan CoQ10-nya.
  • Satu lagi, CoQHealth™ Plus ni tanpa gluten ya.
So, sekarang kita dah faham apa itu CoQ10 dan keperluannya.. Kalau tak faham, boleh tanya Put lagi ye.

Rujukan:












Amaran: Jauhi daripada kanak-kanak. Bagi perempuan mengandung, menyusui bayi atau mengambil ubat tekanan drah tinggi, sila dapatkan nasihat pakar perubatan atau doktor sebelum menggunakannya.


Info & Tempahan:
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
Emel: zmfnurahmad@gmail.com
SMS/WhatsApp: 019-326 5417

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...