Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Thursday, September 26, 2013

Ibu Hamil: Suplemen Boleh Makan dan Tak Boleh Makan

As-Salam semua.. Bila tengok kawan2 mengandung lagi, rasa teringin lak nak mengandung sama..hehe.. Bukan apa, best sangat masa mengandung..dilayan seperti permaisuri..apa nak semua dapat. Best kan? Tapi dulu Put tak best time makan supleme dan minum susu..susah bebenor, siap kena paksa ngan suami. Itu dulu la..sekarang sendiri mau ingat. Anak masih menyusu, mesti kena konsisten makan makanan berkhasiat dan suplemen tak tinggal. Alhamdulillah 5 Oktober depan, genap lah anak ketiga Put berumur setahun. Macam tak percaya dah menyusukan dia hampir setahun rupanya..


Dulu masa ngandungkan anak ke-2 dan ke-3 baru Put belajar makan suplemen..hehe..gara2 badan sangat lemah dan tak bertenaga. Kenape kita perlu amik suplemen dan vitamin sepanjang kehamilan? Antara seba utama adalah untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh bayi, jadi ibu hamil memerlukan kepeluan nutrien lebih daripada biasa. Suplemen yang perlu oleh ibu hamil adalah seperti multivitamin, asid folik (dicadangkan sepanjang trimester pertama untuk mengelakkan risiko spina bifida dan kecacatan tiub neural), zat besi dan kalsium. Bila mengandung, tentunya proses perubahan fizikal dan hormon membuatkan perubahan daripada ketahanan fizikal dan emosi, masa ni la kita perlukan multivitamin. Sama sekali tidak menyebabkan kita gemuk atau saiz baby besar.

Selain itu, pengambilan asid lemak penting seperti Omega 3, Omega 6, DHA dan EPA juga penting untuk menjadikan bayi dalam kandungan bijak dan hebat. Bagaimana? Ia akan membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan, pembentukan secara optimum sel-sel otak, sel-sel otak ini akan bantu fungsi otak untuk memori, fokus dan pembelajaran bila bayi dah lahir nanti.

Itu antara suplemen dan vitamin yang kita boleh amalkan..bagaimana pulak yang tak boleh amalkan semasa mengandung? Ada erk..mesti ada kan..antaranya ialah vitamin A (dalam bentuk retinol) dan GLA (Gamma Linolecic Acid). Vitamin A dalam bentul retinol ia kemungkinan akan menyebabkan kecacatan kekal pada bayi dan keracunan hati. GLA pulak akan menyebabkan kecacatan dan merbahaya kepada kandungan.

Bagaimana Shaklee turut dapat membantu ibu hamil? Dapatkan suplemen cadangan dari kami iaitu Vita-Lea (multivitamin), B-Complex, Chew Vita-C, OsteMatrix (kalsium) dan OmegaGuard. Kesimpulannya, suplemen dan vitamin sangat penting untuk ibu hamil tapi......jangan lupa..ianya hanya suplemen, pemakanan yang sihat turut perlu diamalkan secara berterusan..


Rujukan: Hasil Pembacaan Artikel "Suplemen Agar Anak Hebat", Majalah Pa&Ma Oktober 2013

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...