Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Thursday, September 4, 2014

Takut Hendak Bersalin?

Assalam semua.. 2-3 hari lepas topik hangat dalam group telegram sekolah Put bercerita tentang pengalaman bersalin. Cerita pasal takut nak bersalin, kaedah2 mengurangkan sakit..dan tak terlepas juga pengalaman ibu2 yang bersalin pelbagai cara.. Ingatkan ibu baru je yang takut nak bersalin, rupanya yang dah anak 2-3org pun masih takut nak bersalin. Yang fobia dengan kelahiran lepas pun ada. Macam Put jugak, kalau dikenangkan kesakitan bersalin anak ke-2 memang tak mau dah bersalin..kih.kih..sedar2 dah ada anak 3org sekarang..

Kesempatan tu Put pun selak la beberapa majalah dan buku2 yang ada kat umah. Jumpa la majalah Pa&Ma. Punca takut bersalin ni bukan apa..pasai sakit ja kan..betui dak? hehe..maaf la terkeluar loghat Kedah pulak. Kesakitan akibat kontraksi memang tak boleh digambarkan. Untuk kurangkan sakit ni, ada 3 kaedah yang disarankan mengikut kondisi kesakitan.

Suntikan Narkotik
Ha..suntikan Narkotik ni la yang cucuk kat punggung tu (sapa2 yang ingat la..kadang tu tak ingat apa dah time sakit). Kandungan suntikan ni adalah pethidine yang digabung bersama maxalon (ubat lawan muntah). Sangat sesuai untuk ibu yang cemas. Suntikan ni la jugak buat kita mengantuk. La..patutla..pakat2 cerita mengantuk dan tidur selepas sahaja bersalin...hehe..ingatkan tenaga dah habis..sebab lain jugak rupanya.

Epidural
Epidural ni suntikan jugak. Tapi suntikan di bahagian tulang belakang. Antara faktor2 yang disarankan mengambil epidural adalah:

1- ibu tak tahan sakit
2- proses kelahiran terlalu panjang
3- mengalami tekanan darah tinggi
4- pernah lahirkan kembar (caesarean)

Suntikan Epidural
Bagusnya suntikan ni sebab tak sakit tapi bimbang jugak menganggu proses meneran dan akan menyeabkan risiko penggunaan vakum atau forsep untuk mengeluarkan bayi. Ada jugak orang cerita, kesannya nanti sakit tulang belakang.

Perbezaan Kelahiran Vakum dan Forsep
Etonox
Kaedah ini menggunakan topeng bergas nitrus oksida dan oksigen. Ibu perlu menghidu gas sepanjang proses kelairan kerana ubat ini akan bertahan 1minit jadi kena sentiasa disedut gasnya. Gas ni kena sedut betul2, kalau tak menjadi. Kalau yang ok, lepas 15saat dah boleh rasa kesannya.

Topeng Gas Etonox Di Pasang
Pilihan lah ikut keperluan dan cadangan doktor. Lain anak, lain ragam, lain sakitnya. Semoga bermanfaat buat semua.

Nota asal: Pa&Ma Disember 2008

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...