MASUKKAN EMEL ANDA DI SINI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

Wednesday, August 19, 2015

Alamak, Orang Dewasa Pun Kecacingan!

Alhamdulillah, hajat lama akhirnya kesampaian. Dah lama nak beri anak2 makan ubat cacing yang sepatutnya 6bulan atau setahun sekali diberi. Sampai Mak pun dah banyak kali ingatkan. Ngee. Mak kata Tok Wan saya dulu ikut jadual beri ubat cacing kat anak2 dia. Tok Wan saya memang seorang yang sangat displin. Hujung minggu baru ni, selesai la 3 beradik tu minum ubat cacing. Hehe. Kenapa saya boleh berniat nak beri ubat cacing kat anak2? Sebenarnya dah lama saya perasan beberapa tanda2 ni, macam kecacingan je ni (walaupun tak pasti betul atau tak, saya andaikan saja). Anak saya Syahmi dan Aina ni sihat cuma diorang suka meratah lauk, sorang kurang makan nasi, sorang berat badan tak naik2 walaupun makan. Hehe. Syahmi tu siap perut buncit lagi. Berbeza ngan Amri, terlebih sihat pulak. Walaupun tak pasti punca masalah ni, saya berikan ubat cacing kepada ketiga2 beradik sebagai pencegahan sebab ubat cacing ni tak bahaya dan lebih baik untuk pencegahan.

Jenama yang saya beli, Zentel
Episod beri ubat cacing ni menarik. Hehe. Anak2 jadi takut nak makan sebab ingat ada cacing. Saya beli jenis cecair. Memang episod memujuk tu makan masa sikit. Tak de pulak gambar malam tu. Dah la 3 orang pulak tu. Hehe. Nak buat macamana, terbeli yang cecair. Rupanya ada juga jenis lain macam Champs tu, siap dalam bentul tablet, ada perisa coklat lagi. Jadi kalau anak2 jenis susah nak minum ubat cecair, boleh cuba yang tablet tu.

Nak Percaya atau tidak? Cacing boleh hidup dalam badan? Selalu ada 5-6 cacing yang boleh hidup dalam badan, antara yang glamor macam cacing gelang, cangkuk, kerawit, benang dan pita. Cacing2 ni boleh hidup sebab makan nutrien dan zat2 yang terdapat dalam usus tau, masa proses penghadaman tu. Sebab tu anak yang terkena kecacingan ni mengalami masalah kurang berat badan. Cacing2 tu dah rembat dulu, sebab tu dipanggil parasit dalam badan. Menumpang tinggal dan menumpang makan. Hehe.

Dos dan senarai cacing yang boleh dimusnahkan
Sebenarnya sihat atau tak, kita disarankan untuk memberikan ubat cacing kepada anak2 sebagai pencegahan. Maklum la kanak2 kan, kadang basuh tangan pun nak cepat2. Pastu suka masukkan barang dalam mulut pun boleh jadi. Macam Aina ngan Amri suka sangat gigit getah, ntah ape2. Padahal dah besar, tu yang risau. Walaupun dah jarang makan luar, pun tetap kena hati2. Maklum la kan makanan kat luar kan kurang jamin kebersihannya, tambahan bab2 basuh membasuh ni (telur cacing kat buah dan sayur). Cacing2 ni pun boleh merebak melalui makanan yang kurang masak tau. Satu lagi yang saya risau, tandas di sekolah, saya kurang pasti tahap kebersihannya bagaimana. Jadi kita perlu didik anak2 supaya membasuh terlebih dahulu tempat duduk tandas sebelum tunaikan ‘hajat’ (kalau tandas jenis duduk la). Samada di sekolah ataupun di rumah. (Duk terbayang macamana la Amri urus diri kat tandas sekolah. Hehe.)

Baru perasan orang dewasa pun ada. Hehe.
Perasan tak kat botol ubat cacing tadi ada gambar orang dewasa? Orang dewasa pun boleh kena kecacingan ke? A’a betul! Kat botol ubat cacing tu siap ada dos untuk ‘adult’ lagi. Hehe. Sepatutnya semua ahli keluarga kena minum termasuk ibu bapa (saya je yang perasan kebal, ngee). Kawan saya seorang guru di sekolah menengah, dia siap cadangkan minum ubat cacing kat pelajar beliau yang suka tidur dalam kelas. Hehe. Yela, tak bermaya dan mengantuk tu dah tanda2nya kan. Sebenarnya orang dewasa memang boleh kena jangkitan cacing ni. Terutama kalau ada pelihara binatang dalam rumah macam kucing. Kan kucing tu keluar masuk tak pakai kasut. Hahaha. Tersesat cacing celah kaki kucing, mana la kita tau kan. Hehe. Kucing pun ada ubat cacing tau, boleh semak ngan klinik haiwan jika berminat. Hehe.

Mengikut ahli farmasi tempat saya beli ubat cacing tu, cacing aktif sebelah malam, jadi berikan anak sebelum tidur. Esok paginya tak de pulak laporan dari anak2 yang najis diorang ada ‘sesat’ cacing. Syahmi pun, tak de pulak dalam pampers. Mak kata kalau ada, mesti keluar. Kalau betul tak de, Alhamdulillah, tak de. Mungkin saya perlu semak semula pemakanan harian serta makanan tambahan mereka. Dalam salah satu artikel Dr. Zubaidi ada menyebut, kalau masih ada cacing 3 hari berturut sehingga hari ke 4, perlu jumpa pakar paediatrik untuk pemeriksaan lanjut. Bahaya tau, nanti akan menyebabkan masalah perkembangan fizikal anak2, pembelajaran pun terganggu sebab selalu sakit dan prestasi kehadiran ke sekolah pun merosot. Jadi, kita tidak boleh pandang enteng perkara ni.

Kat bawah ni tersenarai tanda/simpton kecacingan (sumber: DI SINI) untuk panduan semua. Jadi, ibu2 kat luar boleh semak ye. Antaranya;
  • Cacing keluar dari lubang najis atau ada cacing pada najis.
  • Punggung terasa gatal terutama pada waktu malam.
  • Badan menjadi lemah dan hilang selera makan, serta sakit perut atau cirit birit dan kembung.
  • Pucat dan berat badan menjadi kurang walaupun selera makan ada.
  • Batuk-batuk yang berpanjangan.
  • Demam, ruam di badan, alahan, kaki gatal dan bengkak.
  • Mengetap gigi ketika tidur malam.
  • Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata.
  • Hiperaktif.
  • Sakit kepala.
  • Sensitif terhadap cahaya.
  • Gusi dan hidung berdarah.

Semoga bermanfaat untuk semua :)

27 comments:

  1. Orang dewasa pun ada? Alamak orang dewasa kena makan juga la zentel ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak de tanda2, x mengapa. Tak perlu risau.

      Delete
  2. ingat kanak-kanak je kena..orang dewasa pun kene juga rupanya. risau pulak

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak de simptom xpe. Tak perlu risau.

      Delete
  3. Baru tahu dewasa pon ada kes ada cacing;)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Biasa refer panduan pada botol, sekali amik satu botol. Sekali dalam 6-12bulan.

      Delete
  5. Replies
    1. Saya kurang pasti, tapi kalau preggy dilarang ambil.

      Delete
  6. Saya ada masalah makan banyak berat tak naik. Tapi perut buncit. Apakah ini jugak simptom?

    ReplyDelete
  7. Nnur baru nak cuba champ yg perisa coklat. Sbb badan gatal2 dan perut kerap kembung jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus. Tak salah untuk mencuba. Kalau sudi boleh share feedback selepas ambil ubat cacing.

      Delete
  8. Apakah tanda2 gatal di lubang dubur disebabkan olrh cacing juga? Org dewasa juga perlu mkn ubat cacing ye?

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Bagus! Kalau sudi, boleh share feedback di sini.

      Delete
  10. Selain dr jenama zentel, blh recommend x jenama yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try Champs, jgn lupa tanya untuk dewasa boleh tak?

      Delete
  11. Biasenye zentel ni ccing xkua bsme n njis. Y Pirantel Pamoate bru klua skli. Sy dlu sllu mkn ubt ccing.ambk 6bln skli. Sp y rse krus, mkn byk pon krus gk. Rse ltih sllu. Gtl2 dbur. Try la ambk ubt ccing ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, lepas ni boleh try Pirantel Pamoate pulak.

      Delete
  12. ubat cacing zentel yg terbaik sbb bole bunuh 5jenis cacing n jejentik. Lagipun ubat cacing lain xdpt nk bunuh cacing Strongyloides Stercoralis dan Cacing Pita yg jika dmasak sekalipn xkan mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. cacing keluar hidup ke kt lubang najis klau mkn zentel atau proses mati kluar bsama najis??

      Delete
  13. baru lepas cuba ubat cacing.... harap2 xda masalh spt kembong perut, cirit birit dan sakit2 kt perut lagi... esok kna beli lagi, kna mkn 3 hari berturut2 rupenye... nsb bsik google.

    ReplyDelete
  14. anak saya slalu demam on off, boleh ke bg ubat cacing time demam?sbb saya rasa mcm masalah cacing n kembungperut..sbb cek darah x de apa2..dan ubat zentel tu mkn sekaligus sekali je ke?hihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...