Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Wednesday, August 26, 2015

Cara Beli Domain Murah dan Jimat

Entry yang dinanti2kan. Hehe. Atas permintaan adik beradik Shaklee saya dalam team IMR (bawah pimpinan Noor Zawani Suhaimin), saya siapkan entry ini. 

Dah lama teringin nak ada domain dan hosting macam orang lain. Tapi saya tak mampu dan tak berani nak beri komitmen untuk melaburkan duit yang banyak. Dijadikan cerita, saya chit chat dengan kawan baik di sekolah dulu, yang juga pengedar Shaklee di Kulim, Kedah. Memang selalu saya kaut ilmu dari dia (dari zaman sekolah sampai la jadi SID, hehe), dan suatu hari saya tanya tentang domain dan hosting ni sebab selalu nampak dia letak link dia, www.syakirahkapli.com. Tanya punya tanya, kesimpulannya beli domain je dulu kalau nak jimat, nak murah siap boleh beli guna 'promo code'. Boleh beli serendah RM3-5 tau! Sape tak nak kan?

Pakai hosting Blogger pun tak pe la kan walaupun murah, janji ada 'nama'. Ok, dah boleh mula ye?

1. Pertama sekali klik di sini untuk ke website rasmi GoDaddy.

2. Kemudian masukkan nama domain yang ingin anda nak beli pada 'FIND YOUR PERFECT DOMAIN NAME', kemudian klik pada 'SEARCH DOMAIN'. Pastikan nama yang dipilih adalah muktamad. Beli ngan duit ni tau!

3. Sekiranya 'AVAILABLE', klik pada 'CONTINUE TO CART'.


4. Pada 'Select Options for 1 Domain' di 'Step 1 | Privacy' dan 'Step 3 | Email' pilih 'NO THANKS', manakala pada 'Step 2 | Options' jangan pilih apa2. Silap langkah, kita kena bayar lebih. Hehe. Kemudian, klik 'CONTINUE TO CART' untuk masuk ke halaman 'shopping cart'.

Step 1: Pilih 'No Thanks'

Step 2: Untick kedua2 pilihan

Step 3: Pilih 'No Thanks'
5. Tukarkan 'TERM' menjadi '1 YEAR', kerana anda akan membeli domain tersebut dalam tempoh 1 tahun sahaja. Nanti boleh 'renew' kemudian.


6. Langkah seterusnya klik link 'HAVE A PROMO CODE?'.


7. Kemudian masukkan nombor kupon GoDaddy ini 'CJCFW99' pada 'ENTER PROMO, SOURCE CODE OR REFERRAL CODE:' dan klik 'APPLY'.


8. Harga domain tersebut akan automatik berubah selepas dimasukkan nombor Promo Code. Klik di sini atau di sini untuk mendapatkan kupon GoDaddy terbaru. Langkah berikutnya, klik 'PROCEED TO CHECKOUT' untuk proses pembayaran.


9. Tetapi sebelum membuat pembayaran, anda diwajibkan untuk log in ke akaun GoDaddy anda. Sekiranya tiada, sila daftar sekarang.


10. Isi maklumat lengkap dan pilih Credit/Debit/Prepaid Card untuk kaedah pembayaran.

Maklumat Bil
Maklumat Akaun GoDaddy
Maklumat Pembayaran
11. Akan terpapar jumlah perlu dibayar dan pengesahan setuju membeli dan jangan lupa 'tick' 'I AGREE TO FOLLOWING:', kemudian klik 'PLACE YOUR ORDER' untuk membuat pembayaran.


12. Akhirnya, anda berjaya membeli domain tersebut. Boleh semak emel untuk pengesahan pembelian dan akan diaktifkan dalam masa 24jam.

Kadang cepat je macam saya hari tu. Jangan lupa untuk verify dan kalau dah 'active' kita akan terima emel jugak. Dan domain sedia untuk digunakan. Sebarang kekeliruan atau masalah sepanjang membeli domain, boleh terus WhatsApp 019-326 5417. Saya akan cuba bantu sebaik mungkin. Next entry kita belajar untuk tukar .blogspot kepada .com pulak ya. Stay tuned!

p/s: Jangan risau kalau blog lama anda dah banyak entry dan link nak diperbetulkan. Sebab kita akan setting 'redirect' nanti masa tukar .blogspot kepada .com.

20 comments:

  1. Wah! Ilmu baru ni. Mmg dah lama teringin nak tukar ke dotcom. Tunggu entry seterusnya pulak ^_^

    ReplyDelete
  2. Wahh, murahnya.. Utk brape tahun tu put?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk setahun Wawa, renew nanti pun ada promo coupun.

      Delete
  3. dah buat..harga dah kurang...tp, harga still mahal...tak dapat pon rm3.92..huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh WhatsApp Put 019-3265417, kita tengok kat mana tak kena.

      Delete
  4. Put, kalau dah tukar .com, macamana dengan blogwalking kita? Adakah google recognize link url lama kita atau ia akan automatik recognize url baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Put tak pasti Nad, tapi kalau pengalaman yang ada ni, prospek dari Johor masih ada sampai hari. Kalau ada cust baru selalu dari sana berbanding sini. Put guna .com lepas dah pindah.

      Delete

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...