MASUKKAN EMEL ANDA DI SINI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

Wednesday, August 5, 2015

Fuh, Mudahnya Buat Homemade Roti John!

Mak sebagai Inspirasi!

Alhamdulillah, sempat siapkan juadah untuk makan tengahari sebelum bekalan air ditutup hari ini untuk kerja2 penyelenggaraan. Kelam kabut tadi sebab saya terlupa. Hehe.

Kisah memasak bukanlah kisah yang hebat dalam hidup saya. Masak tak sedap mana pun, tapi suka makan tu yang lebihnya. Hahaha. Yang paling suka dengar, adik2 saya kata masakan saya persis masakan Mak. Kembang kot. Haha.

Saya percaya, sesiapa pun di dunia ini akan menjadikan ibu mereka sebagai idola, contoh teladan, dan inspirasi dalam kehidupan mereka. Termasuklah saya. Dalam banyak perkara saya jadikan Mak sebagai ikutan termasuklah dalam masak memasak ni.

Perkahwinan di usia muda (zaman sekarang kira muda kalau kawen umur 22tahun, nak2 masih belajar), saya sememangnya tak pandai masak pun termasuklah goreng ayam pun tak masak. Mula2 agak trauma nak masak sebab asyik tak menjadi je. Hahaha. Kisah lama la tu. Sekarang masih trauma kalau buat kuih atau dessert tak menjadi. Kih Kih.

Teringat kisah Mak pernah ceritakan. Mak kata Mak pun tak pandai masak masa Mak kawen dulu. Kali pertama Mak Mertua minta Mak buatkan tepung talam, Mak ngaku je tak pandai masak. Hehe. Kalau sape kenal Mak saya sekarang, pasti ramai tak percaya. Rata2 anak sedara, jiran tetangga dan sahabat handai selalu puji dan rindukan masakan Mak. Anak2 apatah lagi. Jadi, kenapa saya perlu takut?

Mak saya memang hebat! Kami adik beradik pernah makan roti canai dan murtabak air tangan Mak tau! Apa yang Arwah Abah dan anak2 nak makan, semua Mak buatkan. Makanan di restoran pun Mak boleh masakkan. Yang pasti kat rumah terjamin kebersihan dan keberkatan tu!

Saya juga perasan, apa yang Mak suka, mesti Mak belajar buat sampai jadi. Contoh tart nenas gulung dalam gambar tu. Kegemaran sama macam saya. Dulu Mak pun beli macam saya. Tapi lepas tart yang selalu beli tu dah tak de, mula la tak dapat makan. Banyak tahun jugak Mak dah buat tart gulung tu sendiri dan tahun ni saya dapat rasa sedap sangat, sedap berbanding tahun2 yang lepas! Memang betul lah, praktice make perfect!

Tapau tart gulung Mak, hehe
Sekarang saya pun nak jadi macam Mak. Cuba masak apa je yang kita suka. Lama2 jadi la. Dulu setahun berapa kali je dapat makan laksa sebab tunggu balik kampung. Sekarang dah pandai masak, memang tengok ikan dalam sinki pun dah terbayang laksa. Hahaha. Sabar2, pantang setahun orang tua pesan.

Puasa yang lalu, banyak menu jugak yang pertama kali yang saya belajar masak. Paling saya teruja adalah masak roti john. Saya memang suka roti john. Tapi disebabkan makin lama, makn tak sedap bila dibeli. Harga makin naik, kualiti makin turun. Ntah mana datang semangat nak buat roti john pun ntah. Hahaha.

Buat sedikit carian di Google, tengok2 resepi. Tak sangka resepinya mudah dan lebih kurang dengan resepi roti sandwich bakar yang saya selalu buat tu. Kepada sesiapa nak mencuba, boleh cuba resepi ni ya. (Perasan sangat orang nak cua resepi dia, haha)

Bahan2nya:

5 biji roti hotdog
4 biji telur
¾ cawan daging kisar
1 biji tomato – dipotong dadu kecil
1 biji bawang besar – dicincang halus
3 ulas bawang putih – dicincang halus
Sedikit daun sup – dihiris halus
½ sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk kari daging
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam dan perasa
Sedikit majerin untuk sapu pada kuali
Sos dan mayonis untuk hiasan

Cara2nya:

1/ Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik wangi. Masukkan daging kisar bersama serbuk kari daging dan goreng sehingga masak. Tutup api, dan ketepikan.

2/ Pukul telur bersama garam, bahan perasa dan lada sulah. Masukkan tomato, daun sup dan daging kisar yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

3/ Belah tengah roti hotdog, pastikan tidak terputus.

4/ Panaskan kuali rata dengan api sederhana, sapukan sedikit majerin dan tuang rata telur. Buka belahan roti tadi dan letakkan di atas telur tengah dimasak. Roti akan melekat pada telur.

5/ Terbalikan roti dan panaskan sebentar supaya roti menjadi lebih lembut. Roti diangkat dan ulang langkah di atas untuk roti seterusnya.

Sedia untuk hiasankan sos dan mayonis
6/ Hiaskan sos dan mayonis di atasnya. Tutup semula belahan roti tadi dan potong untuk sedia dihidang. (boleh jugak tambah sos lada hitam jika berminat)

Meleleh kau!
**Maaf ye, tak de sukatan sebenar sebab saya masak ikut rasa boleh campak. Hehe. Gambar pun tak lengkap.

Popia simpul sebelum digoreng
Kepada semua rakan sejawat saya, jangan la takut atau risau. Cuba dan cuba. Cita2 baru saya nak belajar masakan hari raya, nanti orang tua kita tak de, sape nak masak? Balut ketupat palas tak lulus2 lagi ni. Ketupat nasi dah lulus. Tahun ni nekad buat popia simpul, alhamdulillah. Tak menang tangan walaupun tak menjual lagi. Hehe.

Anak kacau ke ape, jadikan cabaran bukan halangan. Nak buat macamana, kalau tak memang tak berasap la dapur kita. Selamat berasapkan dapur masing2. Selamat mencuba!

10 comments:

  1. wahh..sedap ni..bila la nak gi makan roti john umah put..hehe. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang la kalau Mak Wani dtg. Masakkan roti john je. Hehe.

      Delete
  2. sedapnyaa.. betul tu, masakan mak tak leh lawan...hihi

    ReplyDelete
  3. meleleh tu sangat sedap nampaknya..
    boleh try ni..husband suka roti john.. :)
    tq put... :)

    ReplyDelete
  4. Tgk roti john ni mmg menyelerakan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak nampak MAM masak memasak, apalagi try la. Letak sos lada hitam ke..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...