Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Sunday, December 20, 2015

Homemade Kek Lapis Sarawak

Sedapnya dapat makan kek lapis Sarawak. Teringat masa buat kajian penyelidikan kat Sarawak. Pusing satu Sarawak, Kuching - Sibu - Mukah - Miri - Kuching. Pengalaman yang tak dapat dibeli, pengalaman naik bot dari Sibu ke Mukah. Sebelum balik ke Semenanjung, beli kek lapis Sarawak banyak2. Hehe. Saya beli Kek Lapis Dayang Salhah dulu.

Minggu lepas, jiran Mak kat kampung ada anjur demo masak. Menu kali ni Kek Lapis Sarawak. Tekun belajar dari awal sampai habis. Balik rumah teringat2 sedap sangat kek lapis tu. Sangat mudah menyediakannya, satu persatu cikgu ajar. Rasa macam nak buat sekarang tapi tak cukup bahan.

Cikgu Na mula beraksi memasukkan 15biji telur 
Kenalkan, Cikgu Na dari Umie Hadie Culinary. Berasal daripada Terengganu tetapi dah 12 tahun menetap di Kedah. Sleng Terengganu masih ada walaupun dah pandai cakap Kedah :). Dia selalu buat demo2 ni untuk beberapa program anjuran luar.
Tak sabar gak nak kongsi dengan semua. Jom!

Bahan (A)
15 biji Telur Putih + Kuning **Gred B atau C
300gm Tepung Superfine atau Tepung Gandum diayak 2kali
250gm Gula Kastor/Halus  **200gm
1 sudu besar Ovelate **penuh bumbu atau saiz yang dadih kecik

Bahan (B)
2 ketul atau 500gm Mentega **jenama Twin Cow (Murah tapi lemak)
1/2 tin Susu Pekat Manis atau 5 sudu Kaya
**susu jenama Marigold
**kalau kaya, boleh jugak satu bekas kaya Gardeniar

**masa demo

Resepi asal yang diberi oleh Cikgu Na
Cara2nya:
1. Campurkan Bahan (A) dan pukul sehingga kembang dengan kelajuan maksimum. Kemudian, masukkan Bahan (B) dan putar  dalam masa 1 min.
*setiap putaran 1-2min sahaja, tak boleh lama nanti kek akan jadi berminyak
*boleh letak esen, Cikgu Na letak esen pandan 1 penutup botol esen.
*keluarkan mentega lebih awal supaya tempoh memutar tidak lama

2. Bahagikan kepada 3 bahagian. Pilih warna yang terang2 seperti hijau, kuning dan ungu. Untuk warna ungu (lapisan ke 3), masukkan 50gm serbuk untuk memberi kelainan rasa.
*gunakan pewarna jenis cecair yang dijual di kedai bahan kek

3. Setelah semua tersedia, tuangkan 3 senduk warna kuning ke dalam loyang (9" x 9").
*sapukan mentega pada loyang, kemudian debukan pada loyag
*gunakan lebihan mentega pada bungkusan mentega, jimat :)
*pastikan setiap lapisan adalah sama, 3 senduk

4. Bakar dengan suhu 250°C dalam tempoh 5min sahaja atau sehingga nampak kekuningan pada permukaan kek.
*panaskan oven terlebih dahulu seperti biasa
*gunakan api atas dan bawah untuk lapisan 1 dan 2
*gunakan api atas sahaja untuk lapisan ke 3 dan seterusnya

5. Keluarkan loyang, perhatikan permukaan lapisan kek. Didapati terdapat gelembung angin dan jugak permukaan kelihatan kekuningan (macam warna karat). Tekan permukaan kek menggunakan penekan kek supaya angin dikeluarkan.
*lapisan kekuningan tu akan menghasilkan satu garisan yg jelas selepas kek dipotong

6. Teruskan untuk lapisan2 berikutnya sehingga habis adunan. Selepas selesai membakar, sejukkan selama 6jam supaya lapisan2 tadi melekat dengan baik.
*boleh tengok gambar demo, lapisan terbuka dan tidak melekat dengan baik

7. Sedia untuk dihidangkan. :)
*tahan selama 2minggu di luar, 2-3bulan di dalam peti sejuk

Terus terliur..hehe
Masa mula2 dengar Mak bagitau ada demo, perkara pertama yang terlintas di minda "sempat ke buat, kan lambat". Saya membayangkan betapa susahnya nak buat kek lapis. Alhamdulillah, hasil demo ni membuatkan minda saya terbuka. Mudah je rupanya. Walaupun tak 100% seperti Kek Lapis Sarawak, sekurang2nya ianya mudah untuk saya dan suri rumah lain sediakan untuk keluarga. Bukan murah tau! Air tangan ibu dan isteri ;)

Selamat mencuba ye! Kalau rajin, buat lah selalu. Mana la tau, dah mahir nanti boleh buat jual pulak. Bisnes dari rumah :)

p/s: Khusyuk sampai terlepas nak ambil gambar banyak2.

1 comment:

  1. Nampak pun rumit..kena betul2 rajin br boleh buat ni. Hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...