Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Thursday, January 7, 2016

7 Fakta Penting Mengenai Kanser Serviks


Kawan-kawan pernah buat ujian 'pap smears' tak? Alhamdulillah, saya pernah menjalani ujian 'pap smears' sebelum ni. Mulanya takut jugak, hehe. Lepas dah selesai baru lega. Tapi, selepas bersalin kat Salahuddin, belum buat pun lagi. JM duk tanya jugak bila nak buat temujanji, hehe. Malu tapi bahaya tau kalau tak pernah buat ujian ni sebab kanser serviks ni tak de tanda2 awal. Siapa yang tak pernah buat dan tak bimbang, boleh baca ni, saya salin daripada pemplet dapat di klinik.

1. Kanser serviks berlaku apabila sel-sel malignan berubah di dalam dinding serviks.

2. 99% kes kanser serviks disebabkan oleh Human Papillomavirus (HPV).

3. 70% daripada kes-kes kanser serviks disebabkan oleh HPV-16 dan HPV-18.

4. Jangkitan HPV sangat lazim berlaku. Ia menjangkiti 1 dalam 2 orang dewasa yang aktif secara seksual.

5. Dalam kebanyakan kes, jangkitan ini akan pulih sendiri. Dalam sesetengah kes, virus HPV boleh kekal di dalam tubuh dan menyebabkan pertumbuhan sel yang tidak normal di dalam serviks wanita yang dijangkitinya.

6. Risiko menghidap kanser serviks adalah lebih tinggi bagi wanita yang merokok, mempunyai lebih daripada seorang pasangan seksual, pernah dijangkiti penyakit berjangkit seksual dan mempunyai sistem imun yang lemah.

7. Wanita yang menghidap kanser serviks dan pra-kanser pada peringkat awal biasanya tidak mengalami sebarang gejala. Biasanya gejala bermula apabila sel kanser menjadi ganas dan merebak ke dalam tisu yang berdekatan. Apabila ini berlaku, gejala yang paling lazim berlaku ialah:

i. Pendarahan yang tidak normal dari faraj seperti pendarahan selepas melakukan hubungan seksual, selepas menopaus, berlaku antara kitaran haid, dan mempunyai haid yang lebih lama atau lebih banyak dari biasa.

ii. Pengeluaran lelehan yang tidak normal dari faraj – ia mungkin bercampur darah dan keluar antara kitaran haid atau selepas menopaus.

iii. Rasa sakit di faraj ketika melakukan hubungan seks.

Jangan tunggu lagi, sila dapatkan maklumat lanjut dengan klinik-klinik berdekatan. Semoga kita dalam peliharaanNya.

3 comments:

  1. Perkongsian yang bagus mengenai salah satu kanser yang banyak membunuh rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  2. Ada buat untuk 2 orang anak. Tapi lepas bersalin yang ketig ani belum lagi :D

    ReplyDelete

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...