MASUKKAN EMEL ANDA DI SINI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

Friday, October 7, 2016

10 Sebab Kenapa Saya Pilih Bisnes Shaklee


Petang2 yang dingin ni nak tak baca post saya yang panjang lebar ni? Memang panjang post ni, sanpai tertidur masa taip tadi 😂

Dulu2 sebelum kenal Shaklee, macam2 produk saya jual. Bermula dadih, kuih raya, tepung kek segera, tikar evamatik, alat2 permainan, baju2 baby, tudung Akel. Banyak jugak no. Sekarang fokus satu je, Shaklee. Lain2 ada jugak, tapi tu tolong bisnes Mak saya, impian saya dan adik beradik kami untuk besarkan bisnes Mak. Untuk saya pastinya fokus satu sahaja, Shaklee ☝

Mengapa saya pilih Shaklee? Meh baca 10 sebab kenapa saya pilih Shaklee sebagai bisnes.

1. Pendidikan Kesihatan
Saya bukanlah orang yang bagus dalam menjaga kesihatan. Asal sedap, semua nak makan. Adik saya kata, "Apa la yang Kakak tak sedap, semua sedap.."😂😂. Tapi sejak berShaklee, Alhamdulillah ada kesedaran la jugak untuk saya beringat2 tentang kesihatan. Takut nak melebih2 makan tu ada berbanding dulu.

2. Saya la Bos, Saya la Kuli
Hehe. Ini semua jadi impian semua orang. Bebas kekonon kan? Tapi sendiri Bos, sendiri Kuli tak semestinya bebas. Cuma saya ada hak untuk tentukan halatuju saya. Tak de kerja, tetap tak de bonus! Nak bonus, kena la kerja bukan? Bak kata kawan saya, "saya cuti hari2 tapi hari2 saya kerja"

3. Lebih Masa Bersama Keluarga
Ini memang cita2 saya sebelum kahwin. Tapi suami kata nanti boring sebab dia aktif, ke sana ke mari. La ni anak 4, mana sempat nak boring. Tak mau keja lagi ada 😂😂. Buat part time ngan Shaklee la dulu sementara anak2 membesar. Tak sampai hati nak tinggal anak sedang membesar ni. Duk rumah, keje macam biasa. Pandai2 la cilok sana sini bagi sempat 💪💪

4. Syarikat Natural Nutrition No. 1
Shaklee merupakan pengeluar makanan tambahan berasaskan semulajadi No. 1 di US. Sudah bertapak lebih 50 tahun. Stabil dan kukuh. Di Malaysia pulak, telah meningkat sebanyak 1000% sejak 6tahun yang lepas. Seorang Master cakap, "Shaklee tak pernah jatuh, yang jatuh kita (pengedar)". Shaklee antara syarikat yang kukuh dan stabil.

5. Shaklee Difference
Shaklee terdapat perbezaan tersendiri, berpegang kepada 3 perbezaan iaitu Always Safe, Always Work, Always Green. Tanpa ragu lagi untuk mengamalkan Shaklee. Sentiasa selamat, terbukti berkesan dan mementingkan unsur natural/semulajadi.

6. Landmark Study
Ini saya suka. Bukan saja2 tau nak bagitau suplemen ni bagus2. Tapi Shaklee bukan buat kajian sendiri, bukan buktikan sendiri. Tapi dikendalikan oleh pihak ketiga yang tak de kepentingan dalam Shaklee. Dan ujian ini, bukan sekali dua ujian ye. Tapi banyak. Mereka kendalikan ke atas lebih 1000 candidates  yang teridiri daripada yang mengamalkan pelbagai suplemen Shaklee, mengamalkan satu jenis multivitamin (brand lain) dan tidak pernah mengamalkan apa2 suplemen. Yang candidate mengamalkan Shaklee tu dipilih yang dah consume 20 tahun tau, bukan macam saya yang baru 4 tahun ni Hehe. Ujian membuktikan pengamal suplemen Shaklee mempunyai kesihatan yang lebih baik.

7. Kajian Ilmiah
Sebagai seorang yang berpelajaran (macam la saya ni belajar tinggi sangat 😜), saya suka membaca artikel2 kesihatan dan produk Shaklee ni. Setiap fakta disertakan rujukan daripada bahan2 ilmiah seperti journal2 dan kajian. Membuatkan saya rasa lebih yakin untuk terus kongsikan kebaikan produk Shaklee.

8. Family Business
Masa daftar keahlian, sekiranya sudah berkahwin mesti letak nama dan no. kad pengenalan pasangan dengan no keahlian yang sama. Sebab apa, sebab Shaklee adalah bisnes keluarga. Sekiranya kita meninggal, anak2 boleh menyambung legasi masing2. Kalau belum kawin? Boleh ganding dengan adik atau abang/kakak. Naik pentas, dua-dua nama disebut, bangga bukan? Pastinya suami banyak menolong saya, mereka turut dihargai!

9. Bonus Tak Pernah Miss
Sejak Januari 2013, saya secara serius buat bisnes Shakles sampai sekarang. Shaklee belum pernah gagal untuk bayar bonus bulanan saya. Sikit atau banyak, dapat ikut tarikh selewatnya 14hb setiap bulan. Itu saya, master lain? Ada yang lebih 20tahun merasa bonus bulanan Shaklee.

10. Tidak Menjual tapi Berkongsi
Konsep dalam Shaklee bukanlah menjual semata2. Mula mengamalkan Shaklee oleh diri sendiri dan ahli keluarga, kami berkongsi kesan2 positif dan kebaikan yang diperolehi kepada kawan2 yang lain. Berkongsi tentang kesihatan, berkongsi tentang manfaat. Satu lagi, berkongsi juga rasa bahagia kami bersama Shaklee. Nak sertai bersama atau tidak, terpulang 👐

Percayalah! Shaklee bukan hanya sekadar tempat mencari rezeki ;)

#mselegacy
#shakleesolidreputation

--

Ingin jana pendapatan bersama keluarga Shaklee kami?

Yuran Keahlian hanya serendah RM68.90* atau keahlian PERCUMA dengan pembelian UV200 ke atas. Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

*Termasuk GST 6%. Tidak termasuk kos penghantaran.

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...