Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Thursday, October 13, 2016

Pengalaman Saya: Turunkan Demam Kuning Anak


Jaundis atau demam kuning ni macam dah biasa bagi ibu2 yang melahirkan anak. Kalau zaman2 dulu, jarang2 dengar. Sekarang macam ramai yang kena. Ke sebab ramai yang beranak? Hehe. Tak pe ramai pun, meramaikan umat Nabi Muhammad SAW.

Nape panggil demam kuning ye? Sebab mata dan kulit bayi menjadi warna kuning. Perkara ni terjadi sebab pigmen bilirubin yang berlebihan dalam darah.

Pengalaman saya, dari anak sulung hingga anak yang bongsu semuanya jaundis lepas lahir. Cuma tidak tinggi, Alhamdulillah masih boleh monitor di rumah dan tak la sampai kena tahan di wad. Lain anak, lain ragam. Hehe. Saya handle anak pun berbeza kerana berbeza ilmu yang saya ada.

Masa anak sulung, saya tak de ilmu lagi. Maklum la ibu muda, hehe. Masa anak kena kuning tu pun saya tak perasan. Rumah jenis gelap, memang tak nampak. JM datang melawat baru saya tau anak saya demam kuning. Masa tu masih kat rumah sendiri, lepas tu balik rumah Mak. Mak ajar menyusukan cara betul. Alhamdulillah anak dah pandai hisap dengan betul. Kalau tak, pelekapan pun tak betul. Hahaha. Tapi kuning anak saya tak turun. Dulu memang tak pikir panjang, ikut je petua apa yang orang cadangkan. Bagi air buah sengkuang cina. Parut2 dan perah dan tapis untuk ambik airnya, titis2 dalam mulut anak. Alhamdulillah, makbul dengan petua tu.

Orang kata buah sengkuang cina ni sejuk, bagus untuk turunkan demam kuning. Masa tu tak terpikir ape pun, janji anak sembuh je. Lebih baik si ibu amalkan masa mengandung, dan menyusukan dengan kerap. Masa dalam pantang, boleh jugak ibu makan, tapi buah ni sejuk, bimbang nanti demam urat kalau tak serasi.

Lain kisahnya masa anak kedua, saya suapkan anak minum air masak. Ini lagi bahaya. Masa tu saya tak tau. Nasib baik tak de apa2 yang berlaku. Masa tu pikir anak panas dalam, suka suki bagi anak minum air masak. Bahaya tau. Padahal anak saya memang menyusu, tapi itu la kesan2 tak timba ilmu. Anak jadi mangsa. Antara bahaya yang bakal dihadapi, bilirubin akan meningkat, menjejaskan tumbesaran bayi, terencat akal, terdedah kepada kuman dan boleh mengakibatkan sawan tarik. (Buku Manual Kehamilan, m/s 240). Na'uzubillahiminzalik.

Keadaan lebih baik semasa melahirkan anak ketiga. Kuning anak saya naik, turun. Bengong dah nak buat apa. Tapi kali ni saya dah tak berani nak sesuka hati apply petua2 yang berbahaya. Petua2 orang tua yang mandi2 tu saya ikutkan je. Kalau kena masuk mulut tu memang tak la. Haha. Takut! sampai la ke hari ke 13, anak saya masih lagi demam kuning. Sepupu saya bagi ubat homoepati. Yang ni saya berani cuba. Alhamdulillah, esoknya kuning turun mendadak dan tak perlu lagi untuk cucuk tapak kaki tu, huhu.

Alhamdulillah, untuk anak ke 4 saya nekad untuk menyusu sepenuhnya. Anak saya lahir berat kurang 2.5kg dan dilahirkan pada minggu ke 36. Memang berisiko demam kuning. Dah baik dan kembali kuning. Selepas 10hari, kuning anak dah tak naik, turun cuma tak banyak. Risau jugak masa tu. Anak menyusu dengan baik dengan berbekal Set Bersalin Shaklee dan juga pemakanan yang sihat Mak saya sediakan. Alhamdulillah, hari ke-14, kuning anak saya dah turun dan dah tak perlu ulang alik ke klinik lagi. Kalau orang tanya apa rahsianya, saya pun tak tau nak cakap, hehe. Rahsia besar rasanya MENYUSU! Kerap dan ikut jam. Kejut je anak tu, keletek tapak kaki dia. Jentik2 tapak kaki, bukak bedung dia sekejap. InsyaAllah, bangun la nanti tu. Baby kuning kan suka tidur, jangan Mak pun syok tidur sekali. Hahaha.

Nasihat saya, jangan la jadi macam saya ye. Apa2 ilmu yang penting. Kita ni jaga anak, amanah besar yang Allah bagi. Boleh nak apply petua2, faham perasaan ibu. Mesti nak anak sembuh kan. Pesan saya, elakkan la suap apa2 yang tak sepatutnya kepada bayi anda. Kalau nak cuba jugak, bagi Mak tu sendiri yang makan. Macam susu kambing ke, ha..ni Mak yang minum. Jangan bagi anak lak. Adik Ipar saya minum susu kambing, alhamdulillah kuning anak dia turun. Mak Sedara saya lak, minum sepanjang hamil, alhamdulillah susu kambing jadi asbab. Anak dia dah masuk 3 orang tak kena demam kuning. Kalau yang mandi2 tu, boleh la cuba. Tak merbahaya kan walaupun kita tak tau sejauh mana keberkesanannya. Macam Mak saya, mandikan anak dengan daun kucai. Semerbak bau kucai dalam bilik air. Hehe.

Kalau kawan2 ada pengalaman best dan petua2 best, boleh la share sini ye ;)

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...