MASUKKAN EMEL ANDA DI SINI UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI

Tuesday, October 11, 2016

Penjagaan Luka Pembedahan atau Caesarian

Tengok yang lukisan ni pun dah nyilu, hehe
Sape pernah bersalin secara Caesarian? Saya sendiri mengalami 2 kali pembedahan untuk 2 orang anak saya. Yang sulung dan yang bongsu, yang no 4. Masa anak sulung sebab baby melintang dalam perut, anak bongsu sebab fetal distress. 4jam dalam labour room tapi jalan tak bukak dan progress kurang memuaskan walaupun dah kena induce drip.

2kali pengalaman bersalin secara Caesarian, sangattt berbeza bagi saya. Orang kata bersalin kali kedua, sakitnya lebih. Orang yang kata. Hehe. Pengalaman saya agak berbeza sebab yang kali kedua sebab saya amalkan Shaklee dari masa hamil lagi.

Alhamdulillah, badan saya cepat pulih, bertenaga dan ceria selalu. Siap ada yang tegur saya dah boleh bangun2, baring. Hehe.

Mandi, Jangan Tak Mandi!

Penjagaan luka agak rumit kalau kita terlalu takut. Ada yang tak mandi dalam pantang. Aish, busuk la. Ada yang ok sikit, mandi macam biasa tapi tutup tempat luka. hehe. Tak pe, mandi je macam biasa, Boleh basuh macam biasa. Masa kat hospital je, sebelum tape dibuka tu je jangan mandi.

Luka pembedahan ni memang amik masa sikit, tapi insyaAllah 2 minggu kering dan comei dah sikit. Makan pun kena jaga, bimbang akan bernanah. Kalau kita jenis alergik, better makan kena jaga la sikit. Kalau yang jenis tak alergik, ayam ngan telur tu makan je macam biasa. Macam saya memang saya tak makan ayam, sebab pernah cuba masa bersalin normal, luka episiotomi saya gatal merenyam2. Hahaha.

Pakai Pengering Rambut, Moden Sikit ;)

Selepas mandi, keringkan dengan sempurna. Saya dulu semata2 beli kipas sebab nak keringkan luka. Hehe. lepas tu baru saya tau boleh guna pengering rambut. Lagi senang rupanya, tapi guna pada larasan sejuk la. Kalau berpeluh, kena lap dan sentiasa anginkan kawasan luka tu. Kan luka macam tertutup. berpeluh kat situ. Kalau tak jaga boleh jadi jangkitan kuman. Cari seluar dalam yang cotton ya ;)

Makan ikan haruan. erm..ada isu pasal ni. Pasal jadi keloid la, apa lagi satu saya lupa dah. Katanya doktor memang tak galakkan. Boleh kalau nak makan, tapi mungkin tak boleh banyak. Masa anak sulung dulu saya makan, ada la seminggu dua macam tu. alhamdulillah, tak de kesan tak elok. Tapi anak no 4, saya tak makan pun. Harapkan Set Hamil Shaklee je.

Kita memang digalakkan untuk bergerak, tapi jangan bergerak berlebihan pulak, Kadang otot kat tempat luka tu sakit. Yela, kejap merenggang, kejap mengendur lagi pun masa bangun akan buat tekanan lebih kat tempat luka tu. Kalau sakit, boleh tuam dengan benda sejuk macam ketul ais. Tuam kawasan sekitarnya, jangan atas luka lak. Hehe.

Kalau luka masih merah atau ada discharge macam air atau nanah tu, cepat2 pergi jumpa doktor ye. Jangan sapu2 apa2 lak. Nanti kuman lagi mudah lekat. Kalau nak bersihkan, guna kain yang dah dibasuh dengan air biasa je. Sapu sekali lalu, 3 kali pada bucu kain yang berbeza. Jangan calit sana, calit sini.

Ni antara yang saya ingat, kalau ada perkongsian dari kawan2, boleh la komen di sini ya. Semoga bermanfaat untuk semua ;)

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...