Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Thursday, April 6, 2017

5 Tips Kekal Sihat Di Bulan Ramadhan

Saban tahun, umat Islam di seluruh dunia terus menunaikan ibadah puasa dengan menghidupkan malam harinya sepanjang 30 hari di bulan Ramadhan. Dengan berlapar di siang hari, kita amat dituntut untuk bersahur sebelum terbit fajar dan berbuka sebaik terbenamnya matahari. Berpuasa jika dilakukan dengan betul, ianya elok untuk kesihatan. Sebaliknya, bagi mereka yang mengambil makanan berat dengan kalori berlebihan semasa berbuka juga moreh di malam hari, cenderung kepada penambahan berat badan. Justeru di sini kami kongsikan, beberapa tips sihat di bulan Ramadhan.

1. Lengkapkan Sahur Anda Dengan Serat & Protein
Sumber: https://www.proteinking.com.au
Pengambilan sahur amat penting sebelum anda terus berlapar seharian. Bagi memastikan anda dapat menahan lapar seharian, pastikan sahur anda mengandungi protein (diperolehi daripada telur, cheese, yogurt, kekacangan dll) dan serat (buahbuahan, sayur-sayuran, bijirin dll.) yang mencukupi. Jika anda kesuntukan waktu untuk bersahur, anda boleh ambil ESP Soy Protein, yang dapat memberikan anda rasa kenyang seharian.

2. Elakkan Makan Berlebihan di Malam Hari
Sumber: http://www.askislampedia.com
Untuk menghilangkan rasa sebu sebelum memberikan tubuh kalori yang diperlukan anda boleh mengambil semangkuk sup (rendah sodium) ataupun salad segar. Di kala berbuka juga anda boleh ambil Serbuk Protein Soya ESP Shaklee, bijirin dan sayur-sayuran. Ambil sekurang-kurangnya 5 hidangan buah dan sayur-sayuran sehari, dan pastikan setiap hidangan mengandungi protein dan susu. Tambahkan kurma dan kekacang berbanding pemanis mulut tinggi kalori.

3. Kurangkan Aktiviti Luar dan Kekal Hidrat
Sumber: https://thesurvivallife.com
Bagi mengekalkan tenaga semasa berpuasa, anda juga dinasihatkan untuk kurangkan aktiviti luar berpanas di bawah panahan matahari seboleh mungkin, lebihkan masa berada di tempat yang redup dan elakkan aktiviti yang berat. Makan buah sebelum terbit fajar merupakan idea yang bernas kerana kandungan airnya dapat menghidratkan tubuh. Untuk tambahan tenaga dan tubuh kekal hidrat, tambahkan pengambilan Performance® Shaklee yang dilarutkan bersama air.

4. Keperluan Multi-Vitamin, Mineral dan Suplemen
Sumber: https://www.healthtap.com
Jika anda belum bermula, ini merupakan masa terbaik. Mungkin sukar untuk memastikan diet di bulan Ramadhan anda mengandungi 5 hidangan buah, sayuran dan 3-6 auns bijirin, dan 5 auns daging. Pengambilan suplemen multi-vitamin dan mineral dapat memberikan nutrien yang diperlukan tubuh anda di bulan Ramadhan ini.

5. Berpuasa Mengikut Kemampuan
Sumber: http://www.katalogibu.com
Sebelum menempuh bulan puasa anda seharusnya berbincang dengan doktor, terutama pada warga emas, pengidap kencing manis yang mengambil ubat bagi mengawal level insulin, wanita mengandung dan kanak-kanak untuk merancang aktiviti berpuasa anda mengikut kemampuan.

Ramadhan membantu anda kembali fokus pada perkara asas, perkara yang penting. Ia juga bulan peningkatan iman bagi umat Islam. Justeru, jadikan Ramadhan kali ini lebih sihat, bulan menambah keimanan dengan lebih baik. Bersedialah menyambut Ramadhan yang mulia dengan Set Ramadhan yang kami tawarkan.

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...