Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Saturday, August 5, 2017

Lemak Sihat Baik Untuk Anda!!

Asid lemak Omega-3, lemak sihat baik untuk anda!

Asid lemak Omega-3 adalah lemak yang sihat atau 'baik' yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Omega-3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh badan;

Kesihatan Jantung

Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung.


EPA dan DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut - yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung:


  • Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah
  • Meningkatkan pengaliran darah
  • Mengekalkan degupan jantung yang sihat


Fungsi Otak

Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak. Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA.

EPA dan DHA telah dikaji untuk:


  • Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf
  • Kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian
  • Memberikan kesan penuaan yang sihat, di mana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia/nyanyuk


Kesihatan Sendi

EPA dan DHA berfungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi

Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam;


  • Mengekalkan ketumpatan mineral tulang
  • Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan
  • Mengurangkan keradangan - menyekat keradangan dan kemusnahan sendi - yang kerap berlaku dalam artritis.
  • Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar


Kehamilan

Asid lemak Omega-3 adalah sangat penting semasa kehamilan sehingga penyusuan susu ibu.

Selepas dilahirkan, Omega-3 menyokong:


  • Perkembangan otak dan fungsi imun
  • Kesihatan ibu dan emosi yang stabil selepas bersalin
  • Perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin
  • DHA adalah komponen utama retina - penting untuk perkembangan penglihatan yang sihat bagi bayi
  • DHA adalah penting untuk perkembangan optimum otak sebelum kelahiran dan semasa peringkat awal pembesaran kanak-kanak
  • Boleh mengurangkan risiko alahan pada bayi
  • Menyokong tempoh kehamilan normal dan berat kelahiran bayi yang sihat


Omega-3 juga didapati menyokong kesihatan kulit, membantu penurunan berat badan, meningkatkan sistem imun dan mengawal atur pengeluaran dan fungsi hormon.

Walaupun Omega-3 mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan, ia adalah nutrien yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Oleh itu, pengambilan suplemen Omega-3 adalah penting seperti OmegaGuard Shaklee. Orang yang sihat memerlukan kira-kira 1000-2000mg minyak ikan sehari.

Nak tau lanjut pasal OmegaGuard boleh klik sini ya ;)

Harga Runcit OmegaGuard hanyalah RM136.25/botol.

*untuk penggunaan sebulan (dewasa) dan 3 bulan (kanak-kanak)

--

Untuk dapatkan lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli dan dapatkan CASHBACK juga! Klik di sini untuk cara menjadi ahli Shaklee.

Hubungi kami jika anda sudah bersedia merasai sendiri #ShakleeEffect!

Saya adalah SID yang tepat!
Mahfuzah [Put]
Shaklee ID: 913006
SMS/WhatsApp: 019-326 5417
COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...