Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Thursday, September 28, 2017

10 Tips Tingkatkan Kecergasan Lelaki! - Part 1

Sebagai seorang lelaki, terdapat banyak perkara yang ingin anda capai dalam kehidupan. Salah satu daripadanya adalah pelaburan masa dan tenaga untuk kesejahteraan fizikal dan mental anda. Berikut adalah perkara-perkara yang boleh anda lakukan hari demi hari!

1. Tingkatkan Pengambilan Protein.

Protein membekalkan:
  • Tenaga dan stamina yang berkekalan.
  • Memastikan anda berasa lebih kenyang di antara waktu makan.
  • Membina dan mengekalkan jisim otot anda.
Pilihan untuk protein yang sihat seperti daging tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak, kacang dan protein soya berasaskan tumbuhan


2. Makan Multivitamin Setiap Hari

Dengan gaya hidup yang sibuk dan kurangnya tabiat pemakanan yang sihat, anda mungkin terlepas banyak nutrien penting. Multivitamin boleh membantu untuk:
  • Mengisi jurang pemakanan anda.
  • Meningkatkan penghasilan tenaga.
  • Meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.


3. Sentiasa Bersama Vitamin C

Vitamin C adalah antioksidan yang hebat untuk:
  • Menyokong kesihatan imun anda.
  • Membantu pembaikan tisu.
  • Melindungi sel-sel anda daripada radikal bebas.
  • Meningkatkan kesihatan sperma & peluang untuk persenyawaan.

4. Ambil Dos Harian Omega-3

Omega-3 terbukti berupaya untuk:
  • Mengurangkan kolesterol jahat (LDL) dan trigliserida.
  • Merendahkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu meningkatkan fungsi kognitif untuk daya ingatan yang lebih baik dan ketajaman mental.
  • Menjadi agen anti-keradangan yang baik.
  • Menggalakkan sendi yang kuat.

5. Kekal Bertenaga Dengan B-Kompleks

Vitamin B:
  • Menggalakkan pengeluaran tenaga badan anda.
  • Menambahbaik prestasi dan ketahanan otot.
  • Memperbaiki memori dan tindak balas anda.
  • Meningkatkan mood dan kesihatan kognitif.
Sambungan : 10 Tips Tingkatkan Kecergasan Lelaki! - Part 2

Sumber: Love Your Man, Issue 2

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...