Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Saturday, September 30, 2017

10 Tips Tingkatkan Kecergasan Lelaki! - Part 2

Sebagai seorang lelaki, terdapat banyak perkara yang ingin anda capai dalam kehidupan. Salah satu daripadanya adalah pelaburan masa dan tenaga untuk kesejahteraan fizikal dan mental anda. Berikut adalah perkara-perkara yang boleh anda lakukan hari demi hari!

Sambungan daripada : 10 Tips Tingkatkan Kecergasan Lelaki! - Part 1

6. Lakukan Yang Terbaik Dengan Vitamin E
  • Membantu memusnahkan radikal bebas untuk memastikan sel-sel sihat.
  • Meningkatkan keanjalan saluran darah untuk menggalakkan peredaran yang sihat.
  • Selenium membantu meningkatkan kecergasan dan membaiki kesihatan sperma.

7. Dapatkan Perlindungan Dengan Polifenol

Jadikan Polifenol sebagai jalan kepada kehidupan yang lebih bertenaga! Ianya:
  • Memastikan anda bertenaga dengan mengecas sel badan untuk prestasi terhebat.
  • Antioksidan hebat dengan sifat anti-radang.
  • Menggalakkan peredaran darah yang sihat.

8. Tinggalkan Tabiat Itu

Berhenti merokok untuk mengurangkan risiko terhadap penyakit berbahaya dan tingkatkan prestasi kelelakian anda. Tambahan lagi, anda akan kelihatan lebih muda, bau lebih menyenangkan, dan pastinya lebihan wang tambahan di dalam poket anda


9. Teruskan Berusaha

Bersenam:
  • Menggalakkan peredaran darah yang sihat, menjadikan anda sihat dan kuat!
  • Membantu badan merembeskan endorphin yang membuatkan anda bahagia.

10. Makan Dan Kekal Cergas

Nutrien adalah sumber tenaga untuk otak dan ia berhubung rapat dengan kesihatan mental serta emosi anda. Untuk kesihatan secara keseluruhan, tingkatkan pengambilan untuk:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Karbohidrat yang tidak ditapis.
  • Lemak yang sihat.
  • Protein tanpa lemak.
  • Makanan yang rendah indeks glisemik (GI).
  • Serat.
Sumber: Love Your Man, Issue 2

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...