Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Monday, September 11, 2017

5 Tips Mendapatkan Mata yang Cantik dan Sihat

Assalamu'alaikum semua. Hehe. Maaf la lama tak menulis dari hati.

Hari ni Kak Put nak kongsikan apa yang Kak Put pernah baca dari keratan akhbar. Lama dah Kak Put jumpa keratan akhbar ni. Sampai ingat2 lupe kat mana jumpa keratan ni, hehe.

Best tajukya, itu yang Kak Put simpan dan nak kongsikan. Cerita tentang mata, 5 tips untuk dapatkan mata yang cantik dan sihat. Lepas baca tips ni pasti pakat2 bersinar mata. Hehe.

-----

1. Pengambilan Telur

Kuning telur sangat kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang sangat baik untuk mata. Walaupun anda menghindarinya kerana ia mengandungi kolesterol yang tinggi, kajian yang dilakukan oleh Universiti Massachusetts Lowell, mendapati apabila seseorang memakan telur secara teratur sebanyak dua hari berturut-turut dapat meningkatkan lutein dan zeaxanthin tanpa meningkatkan kadar kolesterol.

2. Banyakkan Pengambilan Antioksida

Selain dapat mengelakkan penyakit kanser, antioksida sangat baik untuk mata. Antara makanan yang banyak megandungi antioksida ialah buah beri, tomato, brokoli, bayam, kacang soya, karot, buah manggis dan sebagainya.

3. Banyakkan Mengambil Omega-3


Omega-3 turut mengurangkan masalah mata kering
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Melbourne, Australia, menjelaskan pengambilan asid lemak Omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan makarel dapat membantu melambatkan kerosakan mata berbanding mereka yag tidak mengambilnya.

4. Makanan Tambahan
Makanan Tambahan juga diperlukan kerana kandungan nutrisi dapat membantu mengurangkan risiko mata rosak. Tetapi jangan mengambil makanan tambahan lebih daripada sepatutnya kecuali atas arahan doktor.

5. Menjaga Tekanan Darah dan Berat Badan

Mengikut American Academy of Opthalmology, mereka yang mengalami tekanan darah yang tinggi dapat menghalang aliran darah ke mata dan nutrisi tidak akan dapat dicapai oleh retina mata. Manakala lemak dalam tubuh adalah tempat penyimpanan utama bagi nutrisi yang larut dalam lemak inilah bertindak sebagai nutrisi pelindung mata.

*Sumber: Berita Harian, Isnin 8 Mei 2017.

-----

Apa yang Shaklee boleh bantu dalam meningkatkan kesihatan mata seperti yang dikongsikan dalam akhbar di atas?

InsyaAllah, Shaklee dapat membantu dalam hal makanan tambahan seperti pengambilan antioksida. Antioksida terdiri daripada vitamin ACE, Shaklee sediakan Carotomax (Vitamin A), SR Vita-C Plus (Vitamin C) dan Vita-E Complex (Vitamin E).

Pengambilan Omega-3 juga dapat dibantu dengan pengambilan minyak ikan tulen Shaklee iaitu OmegaGuard. 

Perlukan cadangan dan nasihat dengan Kak Put, boleh WhatsApp di 019-3265417. Kita adjust sampai jadi k. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...