Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Monday, September 18, 2017

6 Langkah-langkah Pencegahan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Sumber: http://www.myhealth.gov.my
Panduan untuk Ibu Bapa dan Penjaga

Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak.

Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit. Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius. Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung.

Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegahkan jangkitan.



Tanda dan Gejala Penyakit

  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Ulser di tekak dan mulut

6 Langkah-langkah Pencegahan
  1. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
  2. Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
  3. Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
  4. Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
  5. Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
  6. Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.

Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu

Sumber: Pamplet Unit Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

---

**Apakah yang Shaklee boleh bantu sekiranya anak kita dijangkiti HFMD? Klik sini untuk bacaan lanjut.

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...