Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Saturday, September 16, 2017

Tips Keselamatan Anak Ketika Menggunakan Eskalator

Assalamu'alaikum, semua. Selamat Menyambut Hari Malaysia semua 😍 dan selamat beristirehat di hujung minggu.

Dah lunch belum? Kak Put baru je siap lunch. Lambat sikit hari ni. Tadi lipat baju2 yang menggunung, lepas tu qoilullah siap terlajak. Hehe.

Jalan2 ke mana hari ni? Kak Put biasa pusing2 mall. Kadang2 tak beli ape pun. Saja cuci2 mata sambil work out kaki yang jarang excercise ni. Haha.

Sambil merehatkan perut ni Kak Put nak share sikit tentang keselamatan anak ketika menggunakan eskalator. Anak2 zaman sekarang aktif betul, kadang2 sekilas pandang ke arah lain pun sempat diorg buat apa2 yang tak sepatutnya.



Sebenarnya pernah Kak Put share pasal ni kat FB (Mahfuzah Abd Salam) dan IG (@anak_cergas_pintar). Bila2 lapang tu, follow la IG Kak Put yang dah lama bersarang. Hehe. Kita terus ke tips2 nye ye ;)


Kalau anak pakai kasut bertali, tengok2kan tali dah terikat rapi ye dan tak meleret atas lantai. Sama jugak kalau anak pakai dress ke, kain ke pastikan tak labuh macam boleh jadi penyapu tu ye. Hehe.


Mana2 ibu yang bawak baby guna stroller, pastikan guna lif ye. Untuk lebih selamat. Memang kadang kita kreatif, ada teknik tapi seeloknya ikut lah yang tidak berisiko. Troli barang pun Kak Put takut, nak2 masa hujung nak sampai tu. Kadang2 tayar macam tersangkut. Anak kadang2 duk dalam troli la tu. Pernah tengok video anak orang terjatuh keluar dari troli tau.


Ha..ini perangai anak2 Kak Put, bukan nak duk diam. nak jenguk bawah la. Nak main2 atas pemegang tangan tu la. Nak seriau kalau tengok anak2 main atas eskalator ni.


Untuk anak2 yang baru belajar jalan atau yang tidak boleh imbang badan, seeloknya dukung sahaja. Tak yah la nak pimpin2 tangan, bukan apa kadang dah sampai atas, anak terkedek2 lagi nak melangkah. Kadang deme takut2 nak langkah. Tersangkut situ pulak.


Yang ni mudah nak ajar anak2 yang dah besar. Asal je dah pijak eskalator, Check dan ingatkan diorang pasal kedudukan kaki. Pastikan dalam petak kuning!


Anak2 yang dah besar ni biasa aktif. Tapi kat eskalator mintak nak pegang tangan. Deme ni kadang2 suka suka je nak langkah naik la, nak tengok belakang. Aish, Mak2 ni yang risau.

OK, itu saja tips yang Kak Put boleh kongsikan. Kalau ada lagi tips yang biasa kawan2 dan adik2 pernah amalkan, boleh share sini ye. Kita sama2 belajar.

Terima kasih atas kesudian membaca hingga habis :)

2 comments:

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...