Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Monday, October 9, 2017

10 Tips Penting untuk Mengekalkan Kesihatan Kulit - Part 1

Meskipun anda boleh menggunakan pelbagai krim dan losyen untuk mengekalkan seri wajah anda, namun itu hanyalah bersifat sementara. Malahan tiada jaminan, yang barangan penjagaan kulit tersebut dapat meresap masuk ke dalam lapisan kulit dan memberikan kesan seperti yang dijanjikan. Di sini kami berikan 10 petua penting yang boleh anda amalkan untuk kulit yang kekal sihat dan berseri.

1. Apa yang Anda Makan Itu Penting
- Makanlah buah dan sayur-sayuran yang kaya dengan anti-oksida seperti beta karotena dan Vitamin C, E dan A yang boleh menghalang kerosakan sel akibat daripada radikal bebas. Apabila anda tidak boleh atau tidak mendapat nutrien yang mencukupi daripada makanan, anda boleh mengambil suplemen untuk memenuhi keperluan nutrien tersebut.

2. Berikan Saya H2O!
- Mungkin ianya benar, apabila dikatakan pengambilan air yang dapat memberikan kulit yang lebih sihat, memandangkan 64% kulit terdiri daripada air. Dengan pengambilan air yang cukup, kulit akan jadi lebih gebu, kedutan menjadi kurang jelas dan liang pori lebih kecil. Tambahan lagi, pelbagai struktur kulit memerlukan air untuk berfungsi secara effektif termasuklah kolagen untuk kulit yang berseri, sihat dan lembap.

3. Bagaimana Posisi Tidur Anda?
- Bagaimana cara anda tidur sebenarnya memberi kesan kepada kulit. Tidur dengan cara menekup muka ke bawah atau sebahagian wajah ditindih oleh bantal, boleh menyebabkan kedutan serta kedutan di permukaan dahi atau pipi. Namun, tidur dengan posisi mendatar atau menggunakan sarung bantal satin atau sutera boleh mengurangkan kedutan tersebut.

4. Adakah Sinaran Matahari Baik untuk Kulit Saya?
- Sedikit pancaran sinaran matahari penting untuk penghasilan vitamin D tetapipendedahan yang terlalu tinggi akan merosakkan elastin kulit menjadikan kulit lebih kendur, regang serta lebih mudah terluka. Jika anda perlu keluar, gunakan krim perlindungan matahari. Peningkatan pengambilan karatenoid juga boleh melindungi kulit anda daripada dirosakkan oleh sinaran matahari!

5. Melembap, Melembap dan Melembap!
- Tingkatkan penggunaan pelembap dan ianya perlu digunakan selepas membersihkan muka semasa kulit masih lagi lembap, ini adalah cara terbaik untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Sambungan, Part 2 DI SINI.

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...