Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Tuesday, October 10, 2017

10 Tips Penting untuk Mengekalkan Kesihatan Kulit - Part 2

Sambungan daripada PART 1. Boleh dapatkan DI SINI.

6. Tidur Nyenyak (Sleeping Beauty)
- Semasa anda tidur dengan nyenyak, paras hormon pertumbuhan akan meningkat untuk memperbaiki sel-sel yang rosak manakala lebihan air di dalam tubuh diproses untuk disingkarkan dari tubuh. Tidur yang tidak mencukupi atau tidur yang tidak berkualiti menghasilkan sel yang tidak berkualiti dan menyebabkan berlakunya lebam di bawah mata, kulit kering dan garis-garis halus terbentuk.

7. Singkirkan Stress
- Tekanan atau Stress menyebabkan tubuh bertindak balas dan menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif dan reaktif. Jadikan senaman sebagai amalan harian untuk mengeluarkan peluh. Berpeluh merupakan cara semula jadi tubuh untuk menyingkirkan bahan kimia toksik yang terbentuk di bawah lapisan kulit. Bukan itu sahaja, senaman secara teratur dapat mengekalkan peredaran darah yang sihat, memberikan anda kulit yang berseri dengan pipi yang kemerah-merahan tanpa perlu sebarang solekan.

8. Hindari Sentuhan Tangan!
- Tangan sentiasa membawa berbilion-bilion bakteria dan ia merupakan musuh utama kulit. Anda digalakkan membasuh tangan sebelum menggunakan barang penjagaan kulit. Kuman dan bakteria juga boleh dipindahkan ke bahagian kulit yang lain diseluruh tubuh apabila anda menggosok mata, mengusap dagu atau di saat anda menekup pipi.

9. Melampaui Usia Sebenar
- Urutan merangsang peredaran darah bagi menggalakkan pengaliran limpa yang menyingkirkan toksin di dalam tubuh. Tambahan lagi, teknik urutan yang teratur merangsang fibroblas di dalam lapisan kulit untuk merembeskan kolagen dan mengembalikan keanjalan untuk meningkatkan seri wajah dan dan memperbaiki keanjalan kulit.

10. Senaman Muka
- Wajah anda mengandungi lebih daripada 50 jenis otot berlainan dan ia memerlukan senaman sama seperti bahagian tubuh yang lain. Ini adalah cara bagaimana untuk mendapatkan kulit lebih tegang, anjal dan gebu.
  • Angkat kening dan kerutkan dahi anda. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
  • Kerutkan dahi. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
  • Pejam mata rapat-rapat dan jelirkan lidah. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
  • Buka mata dan mulut sebesar yang anda mampu. Tahan selama 5 saat dan kekal tenang.
  • Ulanginya 3 kali setiap hari.
*Sumber: Shaklee Today, Issue 9/2017

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...