Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Sunday, October 1, 2017

5 Tips untuk Bantu Anda Pilih Sumber Protein yang Betul


1. Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan?
- Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walaubagaimanapun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah dihadam, terutamanya di kalangan warga tua.

2. Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah?
- Protein berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolesterol.



3. Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak?
- Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripadanya. Jadi, makanlah kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.

4. GMO vs bukan-GMO?
- GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.

5. Sumber Semulajadi vs Sumber yang diproses?
- Seboleh mungkin dapatkan protein anda dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien. Apabila anda tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet anda, anda boleh memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi.


Sumber: Issue 1, Minuman Yang Kita Gemari

1 comment:

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...