Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Monday, October 2, 2017

6 Nutrisi Penting Untuk Lelaki Usia 20an


Kaum lelaki sering digambarkan sebagai idola dan juga wira. Mereka menguruskan pelbagai perkara penting dalam kehidupan dan sering diberikan tanggungjawab untuk memimpin dan melaksanakan semua urusan dengan baik. Apabila anda sering memberi tumpuan kepada kehidupan seharian, masa anda adalah terhad untuk menjaga kesihatan.

Oleh kerana tubuh kita berubah dari semasa ke semasa, keperluan tubuh kita turut berubah – oleh itu kaum lelaki, sama ada anda menghampiri usia 20-an atau memasuki usia 40-an, perhatikan perubahan ini dan amalkan pemakanan yang betul untuk prestasi tubuh dan minda yang optimum.

Inilah MASANYA! Melangkah ke arah kesihatan yang lebih baik. Serlahkan yang terbaik!


Apa yang akan Anda Alami dan Apa yang akan Anda Perlukan Pada Usia 20an ?


1. Apa yang anda alami: Metabolisme berada pada tahap tertinggi.

Anda perlukan,

Protein: Membantu untuk membentuk dan memelihara otot.

Omega-3: Menyokong sintensis protein dalam otot.


2. Apa yang anda alami: Tenaga yang optimum diperlukan.

Anda perlukan,

B-Kompleks: Mempercepatkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.


3. Apa yang anda alami: Kesukaran untuk ambil makanan yang seimbang.

Anda perlukan,

Multivitamin: Memenuhi jurang pemakanan anda.


4. Apa yang anda alami: Gaya hidup yang sibuk membuatkan anda mudah sakit.

Anda perlukan,

Vitamin C: Meningkatkan imuniti anda.

5. Apa yang anda alami: Paras hormon testosteron berada pada paras kemuncak.

Anda perlukan,

Vitamin E: Mengekalkan paras hormon yang sihat dan meningkatkan paras testosteron lelaki.

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...