Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Sunday, October 8, 2017

6 Nutrisi yang Baik Untuk Persediaan Hamil

Bersedia untuk mengandung? Marilah memulakan pengalaman sebagai ibu dan bapa dengan kesihatan yang baik. Ibubapa yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat. Mengenalilah nutrisi ini untuk kehamilah yang sihat dan kelahiran bayi yang sihat!

1. Protein

Pengambilan protein secara tetap, terutamanya protein tumbuhan telah menunjukkan bahawa:

Wanita
  • Menyokong kualiti sintesis dan kualiti telur yang baik.
  • Mengatur kitaran haid.
Lelaki
  • Menyokong pembentukan sperma sihat.
  • Menyokong pembentukan dinding sperma yang lebih tebal untuk perlindungan semasa perjalanan menuju ke telur.
  • Menyokog pergerakan sperma yang normal dan baik

2. B-Complex

B-Complex adalah sekumpulan vitamin larut air yang memainkan peranan utama:

Wanita
  • Menyokong ovulasi sihat.
  • Menyediakan persekitaran terbaik untuk tujuan persenyawaan.
Lelaki
  • Menambah bilangan sperma.
  • Menggalakkan pembentukan DNA yang normal dalam sperma.
  • Mengurangkan risiko mati pucuk.

3. Vitamin C

Paras antioksidan di dalam tubuh memainkan peranan penting terhadap kesihatan telur dan sperma. Kajian menunukkan bahawa vitamin C merupakan satu antioksidan penting yang berupaya:

Wanita
  • Memberi kesan positif kepada ketebalan endometrial.
  • Nyata sekali mengawal paras normal progesteron dan estrogen.
Lelaki
  • Meningkatkan mutu air mani.
  • Sokongan pergerakan sperma normal.
  • Galakan pengeluaran bentuk sperma normal.

4. Multivitamin

Vitamin dan mineral adalah penting untuk fungsi normal sel dan tubuh. Dalam aspek konsepsi, pengambilan multivitamin secara tetap menunjukkan ia dapat memenuhi jurang pemakanan dan:
Wanita
  • Menyokong kitaran ovulasi sihat.
Lelaki
  • Menyokong pengeluaran normal sperma dan mutu air mani

5. Asid Lemak Omega-3

Tubuh anda tidak boleh menghasilkan asid lemak penting ini secara semula jadi. Jadi anda perlu mengambilnya secara tetap setiap hari untuk:

Wanita
  • Menyokong pengeluaran dan keseimbangan hormon.
  • Mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan aliran darah uterus untuk peluang konsepsi yang lebih baik.
Lelaki
  • Meningkatkan kepekatan sperma.
  • Menyokong pengeluaran sperma sihat.

6. Vitamin E (Untuk Lelaki) / GLA (Untuk Wanita)

Nutrien kecergasan ini menyokong badan anda:

Wanita
  • Mengawal paras hormon normal.
  • Menggalakkan kitaran haid yang sihat.
Lelaki
  • Menggalakkan pengeluaran sperma sihat.
  • Mengekalkan tahap-tahap testosteron sihat.



No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...