Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Thursday, October 5, 2017

Peranan Omega-3 Dari Pra-Konsepsi Hingga Penyusuan

Pada setiap peringkat kehamilan anda bermula dari konsepsi sehingga ke peringkat penyusuan, ia merupakan peluang terbaik untuk anda membina kesihatan anak anda. Salah satu lemak yang penting untuk kesejahteraan anda dan bayi and adalah Asid Lemak Omega-3 – asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA).

Marilah kenali dengan lebih lanjut khasiat Omega-3 untuk anda dan bayi anda.

PRA-KONSEPSI

Pengambilan Omega-3 yang mencukupi memainkan peranan penting untuk meningkatkan peluang kehamilan:

Perempuan
  • Menyokong penghasilan dan keseimbangan hormon.
  • Mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan aliran darah uterus untuk meningkatkan peluang persenyawaan.
Lelaki
  • Meningkatkan kepekatan sperma.
  • Memainkan peranan penting dalam penghasilan sperma sihat.

KEHAMILAN

Apa yang anda makan semasa kehamilan menentukan kesihatan bayi yang dikandung. Tambah Omega-3 di dalam pemakanan anda kerana ia:

Ibu
  • Merendahkan risiko kelahiran bayi pra-matang.
  • Menyokong tempoh optimum kehamilan bagi kehamilan penuh.
  • Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan akibat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi ketika kehamilan).
Bayi
  • Menyokong pembentukan janin dengan memperbaiki kitaran darah pada plasenta.
  • Menyokong pembentukan mata (retina) dan struktur otak dalam fetus.
  • Memperbaiki penyelarasan tangan mata dalam bayi.
  • Mengurangkan risiko alahan pada bayi.
  • Menyokong perkembangan otak, mata, sistem saraf dan imun janin secara optimum terutamanya semasa trimester ketiga.
  • Menyokong perkembangan saraf otak.

POSTNATAL & PENYUSUAN

Untuk proses pemulihan yang lebih cepat dan persediaan untuk menyusukan bayi anda, Omega-3 baik untuk:

Ibu
  • Mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin.
Bayi
  • Menyokong proses kematangan otak bayi pada lima tahun pertama kehidupan bayi.
  • Menyokong perkembangan saraf di dalam otak.
  • Mengurangkan risiko alahan terhadap makanan dan kulit sensitif-ekzema.
  • Meningkatkan perkembangan penglihatan.
  • Menggalakkan pola tidur yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...