Klik Gambar Untuk Maklumat Lanjut

Wednesday, October 11, 2017

Persoalan Nutrisi Anda Terjawab!

Persoalan Nutrisi Anda Terjawab!

1. Bolehkan saya mengambil suplemen bersama Teh dan Kopi?
- Kafein, sebatian semulajadi yang terdapat di dalam teh dan kopi mungkin mengganggu penyerapan nutrien. Kami cadangkan anda untuk minum teh atau kopi 15 minit sebelum dan 1 jam selepas pengambilan suplemen.



2. Apakah resveratrol?
- Resveratrol merupakan sejenis polifenol, sebatian semulajadi yang terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran. Resveratrol merupakan antara polifenol yang paling mujarab kerana kelebihannya sebagai antioksidadan anti-keradangan. Ia telah dibuktikan dapat membantu menyokong proses penuaan yang sihat di peringkat sel.

3. Apakah maksud “NON-GMO”?
- NON-GMO bermaksud “non-genetically modified organisms”. GMO (organisma yang telah diubah suai secara genetik) adalah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan teknik pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. Di dalam bidang pertanian, GMO adalah perkara biasa untuk memastikan hasil tuaian lebih tahan lama, kelihatan lebih segar, dan lebih tahan dengan racun perosak. Pakar saintis dan kesihatan telah banyak menyatakan risiko tehadap kesihatan dan persekitaran akibat daripada makanan GMO ini.

4. Adakah saya boleh ambil Zat Besi bersama-sama Kalsium?
- Pengambilan kalsium mungkin boleh menyebabkan gangguan penyerapan apabila diambil bersama Zat Besi. Namun, gangguan penyerapan tersebut hanya berlaku pada jumlah yang kecil (kurang daripada 500mg/pengambilan). Pengambilan suplemen kalsium sebelum tidur dan suplemen zat besi di siang hari adalah cara mudah untuk mendapatkan khasiat maksimum daripada kedua-dua nutrien tersebut.

*Sumber: Shaklee Today Issue 9

Ada soalan lain yang anda ingin ajukan kepada kami? Hantarkan soalan berkaitan nutrisi kepada kami menerusi myshakleetoday@shaklee.com.my!

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...