Monday, May 7, 2018

Tips Kendali Pemakanan Anak Kali Pertama Berpuasa

Assalamu'alaikum semua. Lama tak menulis di sini. Sedar-sedar dah nak Ramadhan tak lama lagi. Semoga allah ketemukan kita bersama Ramadhan kali ini. Aameen.

Ingat lagi tak kali pertama kita berpuasa? Masa kita kecik-kecik dulu? Kak Put dulu start berpuasa masa umur 7 tahun. Seingat Kak Put, Kak Put tinggal puasa 3 hari. Alhamdulillah, walaupun tak pernah cuba puasa sebelum tu, puasa half day pun tak pernah. Kira terus praktik gitu. Hehe.


Sekarang, giliran anak-anak Kak Put pulak. Tahun ni Aina kena belajar puasa penuh. Risau jugak sebab diorang kena pergi sekolah. Alhamdulillah, tempoh kelas dipendekkan dan anak-anak balik lepas waktu Zohor. Biasa lepas Asar baru gerak balik.

2 hingga 3 hari pertama tu agak menguji anak-anak la kan. Bukan kali pertama je macam ni. Rasanya anak-anak yang dah pernah puasa pun. Maklumla puasa setahun sekali. Nak-nak yang rajin makan macam anak-anak Kak Put, hehe. 

Kak Put pun duk plan apa yang nak disediakan untuk anak-anak. Dari perspektif nutrisi, kat sini ada beberapa idea untuk kita bantu memudahkan perjalanan berpuasa anak-anak:

Sahur

Berikan anak anda permulaan hari yang baik dengan:
  • Pemakanan bertenaga tinggi macam susu dan telur. Sebab susu dan telur ni adalah penggalak tenaga yang hebat.
  • Segelas Meal Shakes yang lazat serta mengandungi vitamin dan mineral bagi memastikan anak-anak kita kenyang lebih lama.
  • Minuman yang sihat bagi memastikan mereka terhidrasi sepanjang hari dan kurangkan rasa dahaga dengan Performance® dengan rasa oren yang enak. Fungsi macam air isotonik gitu.
  • Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber serat yang penting. Senang untuk anak-anak membuang.

Iftar 

Galakkan pemakanan yang sihat semasa berbuka;
  • Ambillah sebahagian sunnah Rasulullah seperti kurma dan air.
  • Sediakan sup dan stew yang kaya dengan mineral dan garam. Lebih baik buat sendiri ye.
  • Bancuh segelas Meal Shakes untuk melegakan perut selepas seharian berpuasa dan menghalang anak kita dari terlebih makan. (Sesuai ni untuk anak Kak Put ni, hehe)

Best tau Meal Shakes ni, untuk anak-anak puasa dengan lebih mudah!

  • Sumber yang baik untuk serat, protein, kalsium dan zink untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
  • Membantu mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Sempurna untuk kanak-kanak dan remaja yang aktif. Kiranya bukan anak-anak yang kecik sahaja.
  • Boleh jugak ditambah ke dalam apa-apa minuman, sup berkrim dan ais krim!
  • Ibu dan ayah juga pun mesti suka, sedap!

---

**Apakah yang Shaklee boleh bantu untuk meningkatkan kesihatan semasa berpuasa? Klik sini untuk bacaan lanjut.

Hubungi Kak Put untuk merasai sendiri #ShakleeEffect!

Kak Put adalah SID yang tepat!

COD Meru Raya dan Chemor
Pengeposan ke Seluruh Negara
~ Always Caring, Always Here!

2 comments:

DISCLAIMER

Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...