Monday, October 22, 2018

3 Golongan Berisiko Mengalami Sembelit

Golongan Berisiko Mengalami Sembelit

Sembelit termasuk penyakit yang mudah untuk ditangani. Tetapi, jika dibiarkan sembelit ini berpanjangan akan menyebabkan sembelit yang teruk seperti sembelit berdarah dan buasir. Lebih membimbangkan kanser usus juga menghidap!

Sembelit yang ringan mudah ditangani dengan mengubah pola pemakananan yang lebih baik.  Namun, terdapat beberapa golongan yang mengalami sembelit atas faktor umur dan fizikal. InsyaAllah, keadaan ini masih dapat dibendung selagi mana kita masih mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Berikut adalah golongan yang kerap mengalami sembelit;

Kanak-Kanak Berisiko Mengalami Sembelit

1. Bayi dan Kanak-Kanak

Sistem penghadaman bayi masih tidak matang seperti orang dewasa. Terdapat beberapa bentuk makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik. Kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini diberikan susu formula (FM), FM adalah tepung dan mengandungi campuran kanji yang menyebabkan najis menjadi keras.

Kanak-kanak juga mudah untuk mengalami sembelit kerana diet pemakanan yang kurang sempurna dan agak cerewet memilih makanan. Kurang gemar mengambil makan tinggi serat seperti sayur dan buah dalam makanan antara punca berlakunya sembelit.

Baca Juga: Pengalaman Anak Sembuh Sembelit


2. Ibu Hamil dan Berpantang

Perubahan hormon wanita seperti peningkatan hormon progesterone yang tinggi semasa hamil akan meregangkan otot-otot usus dan menyebabkan berlakunya sembelit. Selain itu, kedudukan janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit.

Baca Juga: Pengalaman Ibu Hamil Sembuh Sembelit

Ketakutan (kerana bimbang jahitan terbuka) membuang air besar semasa berpantang juga menyebabkan sembelit. Keadaan ini bertambah teruk jika diet pemakanan yang tidak sempurna seperti kekurangan pengambilan serat dan air yang mencukupi.

Selain itu, pengambilan pil dan suplemen zat besi semasa hamil dan berpantang juga boleh menyebabkan sembelit.

Baca Juga: Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang


3. Warga Emas

Otot-otot perut dan usus menjadi semakin lemah bila usia meningkat. Di samping itu, orang tua  juga selalunya kurang melakukan aktiviti seperti senaman. Kekurangan pengambilan air kosong juga antara puncanya.

Jika kita adalah sebahagian daripada golongan yang disebutkan di atas, diharapkan kita berjaga-jaga dan mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum berlakunya masalah yang lebih rumit seperti sembelit berdarah dan kanser usus.

Semoga perkongsian ini menjadi panduan kepada semua :)


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)