Tuesday, October 16, 2018

Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang

Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang
Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang

SEMBELIT SEMASA BERPANTANG adalah pengalaman ngeri malah lebih perit berbanding sakit hendak bersalin. Lebih fobia jika melarat kepada sembelit berdarah! Sembelit semasa berpantang disebabkan bersalin secara normal ataupun caesar bukanlah perkara tidak normal. Adalah normal ibu-ibu sukar untuk membuang air besar selepas beberapa hari bersalin. Ini adalah berpunca daripada perubahan dalaman wanita seperti jumlah hormon progesteron yang tinggi dalam badan semasa hamil yang boleh menyebabkan sembelit. Sistem pencernaan juga berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran. Namun, masalah sembelit ini semakin rumit jika, perasaan takut dan gusar untuk membuang air besar, kononnya sakit dan takut jahitan akan terbuka. Ingat, bila datang perasaan takut untuk membuang, otot tidak lagi mengendur dan membuka malah mengetatkan. Ini lebih sukar untuk membuang! Kesan sembelit yang teruk akan menyebabkan sembelit berdarah malah paling membimbangkan adalah terjadinya buasir atau kanser! Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang Antara cara yang Kak Put syorkan adalah:
1. Amalkan pemakanan sihat, cukup nutrisi dan seimbang. Perlu cukup pengambilan sayur dan buah. Kak Put suka oren, cubalah.


Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang
Minum Air Mencukupi Elak Sembelit

2. Pengambilan air yang mencukupi juga penting. Jangan takut untuk minum air yang banyak semasa dalam pantang. Sediakan sebotol tepi katil anda.

3. Bila datangnya isyarat badan untuk membuang, jangan lengah dan terus ke tandas. Bukan mudah untuk isyarat datang kembali jika terlepas.


Tips Elak Sembelit Semasa Berpantang
Posture Elak Sembelit Semasa Berpantang
4. Duduk mirip mencangkung semasa membuang. Sediakan bangku kecil untuk letakkan kaki lebih tinggi berbanding kedudukan punggung. Sekali sekala gerakkan badan dengan meluruskan dan membongkok untuk mengerakkan otot perut.
5. Pengambilan suplemen berkesan untuk cegah sebelum parah. (Selalunya jalan terakhir ibu-ibu akan ambil ubat julap atau pelembut najis)
Pengambilan suplemen berkesan yang Kak Put syorkan adalah OsteMatrix. OsteMatrix sejenis pil kalsium untuk ibu bersalin. Mengandungi Kalsium dan Magnesium yang membantu pergerakan otot usus dan penyerapan air secara optimum ke dalam usus menyebabkan proses pembuangan lebih lancar.

Baca Juga: Cara Mudah Atasi Sembelit Semasa Berpantang Semoga perkongsian ini dapat membantu pembaca dan semua ibu-ibu bersalin yang ada masalah sembelit. Selamat mencuba!

Baca juga: Set Selepas Bersalin Shaklee

4 comments:

  1. Padat infonya. Thanks for sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Terima kasih sudi membaca di sini.

      Delete
  2. Memang ngeri kalo kena sembelit masa pantang. Fuhhh. Ruby pun dah rasa masa anak no 1 ritu 😄

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)