Thursday, November 8, 2018

Awas, 7 Makanan Penyebab Sembelit!

SEMBELIT ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Beberapa makanan dapat membantu kelancaran proses pembuangan seperti air kosong, sayuran hijau dan buah-buahan yang kaya dengan serat. Tetapi terdapat beberapa makanan sihat yang melambatkan proses pembuangan dan menyebabkan sembelit.

Awas, jangan ambil berlebihan makanan tersebut dan bersederhanalah supaya sembelit tidak berulang. Makanan tersebut adalah seperti berikut;

1. Daging Merah

Daging merah antara yang disebut-sebut sebagai penyebab sembelit. Ini adalah kerana daging merah mempunyai serat yang sangat sedikit. Dapatkan sumber yang lebih baik seperti telur, tauhu, tempe, ikan dan ayam. Untuk pengambilan protein yang selamat adalah protein berasaskan tumbuhan seperti kacang soya.

Selain itu, daging merah juga mempunyai zat besi yang tinggi yang boleh menyebabkan sembelit. Zat besi ini akan menyebabkan najis mengeras, berwarna gelap dan hitam.

2. Pisang Mentah

Mungkin agak terkejut mendengar tentang pisang kerana pisang adalah antara buah yang dapat membantu proses pembuangan dengan baik. Namun, kita perlu pastikan pisang tersebut betul-betul masak. Pisang yang kurang masak akan rasa agak kelat. Kelat ini yang menyebabkan anda sembelit!

3. Produk Tenusu

Terlalu banyak mengambil makanan atau produk berasaskan tenusu akan melambatkan proses pencernaan dan meningkatkan potensi untuk mengalami sembelit. Antara produk tenusu adalah seperti berikut,

i.
ii.
iii.

4. Minuman Berkafein

Minuman berkafein seperti teh dan kopi akan menyebabkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan) kerana kita akan kerap membuang air kecil apabila mengambil kafein yang berlebihan. Ambil kafein  tidak melebihi 2 cawan kopi sehari.

Orang tua kata kopi ini sejenis makanan 'panas', penyebab sembelit.

5. Ubat-ubatan





Semoga perkongsian ini dapat membantu pembaca dan semua ibu-ibu bersalin yang ada masalah sembelit. Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)