Thursday, November 15, 2018

Tips Mudah Bersihkan Washtub Mesin Basuh Auto


Tips Mudah Bersihkan Washtub Mesin Basuh Auto

Mesti ramai dah tau kan. Tapi nak share jugak 😅

Pernah tak bila basuh baju dalam mesin basuh, habis lekat keledak kat baju? Dah macam kena selut. Ee..yek 😣


Bila dah jadi macam tu banyak kali, Kak Put syak mesin kotor. Pastu baru la tau mesin auto ni kita kena servis sokmo rupanya. Bertuah jugak Kak Put hampa ni 🤦

Terjumpa kat internet cara basuh tub mesin basuh tu. Alahai, bukan tak pandai nak pulas screw bagai. Tapi bercinta betui nak buat. (Jangan tiru perangai buruk ni k, janji!)

Pernah jugak try guna kaedah lain, berkesan kejap tapi kadang-kadang jadi jugak. Keledak tu masih melekat.

Sampai la tiba suatu hari, Kak Put cari barang kat Daiso. Terjumpa bendalah ni. Nama dia "Washtub Cleaner. Ish, benda ni macam kena try ni. Mana tau berkesan kan.



Dah la memang tengah duk pikir hari yang sesuai nak bukak tub washer tu. Tanpa lengah², terus amik. Satu dulu lah.

Jadi ke Kak Put guna cleaner tu? Mau tak jadi! Jadi beb. Geli geleman lak tengok keledak tu keluar. Kembang setaman 😱

Mudah je, ikut je step-step yang tertulis kat pack tu.

1. Penuhkan air dalam tub hingga ke maksimum level.
2. Masukkan kesemua "Washtub Cleaner" tadi. Hati-hati, jangan sampai kena mata. Tuang perlahan.
3. Putarkan mesin selama 4-5min dan biarkan air berendam selama 2-4jam (Kak Put biarkan sampai 4jam)
4. Lepas 4jam, putar, bilas dan spin sebanyak 2 kali. Kak Put punya lebih 4 kali sebab masih banyak keledak tu dalam tub tu. Eee yek..geli 😂


5. Boleh stop bila dah yakin betul² bersih.

Dan..

Yang terkejutnya, tertulis kat pack tu kita kena servise 2 bulan sekali! Hahaha. Dah la beli mesin basuh yang second hand. Bertuah sekali lagi Kak Put hampa ni 😆


Dan satu lagi..

Nak lagi yakin kebersihan tub tu, boleh bukak tub tu dan buat manually. Yang ni memang boleh betul² bersih. Ada orang share video, boleh search lah ye.

Semoga perkongsian ni bermanfaat buat semua. Berhari² dah bertangguh, takut terlupa terus 😅

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian Kak Put di sini :)